Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: 11 Makanan Hebat untuk Kecerdasan Minda
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Insta Facebook

11 Makanan Hebat untuk Kecerdasan Minda


1. Coklat Hitam/Dark Chocolate

Coklat hitam ternyata dapat membuat pandangan semakin tajam dan meningkatkan kemampuan otak. Coklat juga terbukti menjadi makanan yang cukup berkesan untuk mengawal kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Penemuan terbaru ini merupakan hasil penyelidikan dari University of Reading, Britain.
Mereka menemui bahawa coklat hitam memiliki banyak kandungan flavanol yang boleh meningkatkan aliran darah ke otak. Hasil kajian ini juga membuka spekulasi bahawa coklat hitam juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina untuk mempertajam penglihatan.



2. Omega-3

Ikan secara keseluruhan banyak memberi manfaat kepada kesihatan anda, terutama terhadap otak anda. Ikan mengandungi Omega-3 (EPA dan DHA), iaitu asid lemak yang memberi manfaat kepada tubuh dalam pelbagai aspek. Satu hidangan ikan seminggu dapat mengurangkan seseorang menghidapi penyakit Alzheimer. Omega-3  menyediakan lebih banyak oksigen ke otak, serta membolehkan seseorang untuk mengekalkan maklumat baru pada masa yang sama masih mengingati maklumat lama. Antara ikan yang mengandungi Omega-3 yang tinggi ialah salmon, tuna, kerapu dan sardin (bukan sardin tin yer).

Manakala Omega-6 pula penting dalam menguatkan ingatan. Sumber yang mungkin dapat diperolehi ialah minyak jagung, minyak matahari, bijan dan labu. Keseimbangan asid lemak politaktepu dalam badan boleh menjadi aras pengukur kecerdikan seseorang. Manakala ketidakseimbangan asid lemak politaktepu akan menyumbang kepada masalah kesukaran dalam pembelajaran, masalah sikap termasuklah gangguan disleksia, ADHD dan autism.



 3. Sayuran Hijau

 Sayur-sayuran berdaun hijau seperti pegaga, kubis, bayam, kangkung dan lain-lain adalah sangat baik untuk otak kanak-kanak dan orang dewasa. Sayur-sayuran ini membantu untuk mengingati maklumat yang lama dan proses seperti anda baru belajar semalam. Ini adalah kerana makanan ini selalunya penuh vitamin B6, B12, dan folate, iaitu merupakan sebatian besar yang diperlukan di dalam otak untuk memecahkan tahap homocystein, yang boleh membawa kepada kealpaan dan juga penyakit Alzheimer. Sayur-sayuran ini mengandungi zat besi yang dapat mengaktifkan kognitif seseorang.



 4. Bijirin.

Bijirin seperti kacang tanah, hazelnuts, gajus, badam, walnut, pecans, biji labu, dan biji bunga matahari adalah baik untuk perkembangan otak. Ini kerana kacang dan bijirin kaya dengan Omega-3 dan Omega-6, folat, vitamin E, dan vitamin B6. Semua nutrien ini dapat mengaktifkan daya pemikiran seseorang. selain itu ia juga kaya dengan  thiamin dan magnesium, yang baik untuk ingatan, fungsi kognitif, dan otak.



 5. Blueberry dan strawberry

 Minum jus blueberry dapat meningkatan kemampuan otak. Blueberry mengandung senyawa kimia antosianin yang dapat mempercepat penyampaian mesej ke otak dan menghalang sel-sel daripada kerosakan kerana bertambahnya usia. Sebuah kajian di New York mendedahkan khasiat buah blueberry dan strawberry mendapati bahawa ke dua buah tersebut ternyata juga banyak mengandungi flavonoid. 

Dengan rutin mengambil blueberry dan strawberry dapat membantu menjaga fungsi otak dengan baik meskipun usia semakin bertambah tua. Kajian ini juga menjelaskan bahawa wanita yang banyak mengambil buah blueberry atau strawberry mengalami penangguhan penuaan kemampuan kognitif otak hingga 2, 5 tahun dari usia yang sebenarnya. Kemampuan kognitif otak adalah aktiviti otak yang digunakan untuk berfikir, mengingat dan penalaran. Sebuah kajian di Harvard University juga menambah keyakinan para ahli kesihatan dimana buah blueberry dan strawberry boleh membantu menurunkan risiko risiko diserang penyakit parkinson pada lelaki lanjut usia.




 6. Telur

Ketika kita semakin tua, otak kita mulai menyusut karena sesuatu hal yang disebut atrofi otak. Namun, kita bisa melawan proses alamiah ini dengan rutin memakan telur. Hal ini karena telur mengandung banyak vitamin B12 serta lesitin. Vitamin B12 membantu melawan penyusutan otak, yang sering terlihat pada penyakit Alzheimer. Telur, meskipun sangat tidak sehat jika agan makan terlalu banyak, karena penuh dengan asam lemak esensial. Kuning telur, meskipun sangat tinggi kolesterol, juga tinggi kolin, yang merupakan zat pembangun sel otak. Kolin dapat membantu meningkatkan daya ingat agan. Namun jangan banyak, cukup 1-2 telur sehari.



7. Kurma

Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."

Kurma dapat menyihatkan sel darah merah. Katanya, buah kurma mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama. menurut beliau kanak-kanak digalakkan memakan banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."



8. Buah Delima

Kajian ke atas tikus di Universiti Perubatan Washington mencadangkan bahawa meminum jus delima semasa hamil boleh mengurangkan ‘hypoxia ischemia’ yang berkaitan kecacatan otak pada bayi, Kata Penyelidik.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. 

Maka tidak hairanlah mengapa  di dalam al Quran, terakam firman Allah yang bermaksud,

" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].



9. Kismis.

Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab. Disabdakan Rasulullah SAW,

    "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

 Gula dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Kismis juga mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Selain menajamkan minda, kismis merupakan serat yang baik dan dapat dihadamkan dengan cepat untuk penghasilan tenaga berfikir.



10. Madu

Secara umum, madu telah dikenal sebagai makanan, baik untuk pemakanan maupun sebagai suplemen kesihatan atau juga kecantikan. Tidak hanya itu, khasiat madu tidak diragukan lagi yang kaya akan vitamin, mineral, bahkan hormon penting bagi tubuh yaitu: gula (glukosa dan fruktosa), beragam mineral (kalsium, potassium, magnesium, sodium klorin, sulfur, besi dan fosfor) dan vitamin-vitamin (B1, D2, B3, B5, B6 dan C). Madu juga mengandung sejumlah kecil dari beberapa macam hormon, tembaga, iodium dan zinc.

Madu mempunyai banyak khasiat dan antara salah satunya adalah melancarkan fungsi otak. Madu dipercayai dapat merawat penyakit-penyakit mental di mana ia dapat menghindarkan kepenatan fungsi kerja otak seperti berfikir dan membaca. Ini kerana dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda “siapa ingin hafal hadis, hendaklah minum manisan madu”.


 
11. Susu Segar

Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air berfungsi untuk pertumbuhanbadan dan otak. Susu berkhasiat kerana mempunyai kaborhidrat, lemak, protein, vitamin, mineraldan air. Sabda Rasulullah s.a.w bahawa susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yangbaik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan meminum sekurang-kurangnya segelas pagi dan segelas malam. Mulai dengan bismillah.



Semoga maklumat ni bermanfaat :)
Kalau tak mampu amalkan semua, at least amalkan 2 atau 3 makanan untuk minda secara istiqamah (Y)

Take care, bye :)
Assalamualaikum.


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

0 yang memberi respon :