Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: May 2014
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Insta Facebook

Kualiti Manusia Berdasarkan Lidah


Assalamualaikum W.B.T. Entry NR kali ni pasal kualiti manusia. Sama ada kita tergolong dalam golongan yang baik atau buruk, sama-samalah kita muhasabah diri :'(

Golongan pertama, orang yang berkualiti tinggi
Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu dan penyelesaian. Orang sebegini bicara­nya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pasti ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan. 

Golongan kedua, orang yang biasa-biasa saja
Ciri orang seperti ini adalah mereka­ yang sibuk menceritakan peristiwa. Contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia akan menceritakannya seolah-olah dirinya berada di tempat itu. Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia. 

Golongan ketiga, orang yang rendah kualiti diri
Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah. Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misal­nya, jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ni kurang sedap’, tapi habis juga dimakannya. Hari-harinya dipenuhi de­ngan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alang­kah rugi­nya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah. 

Golongan keempat, orang yang cetek fikirannya 
Mereka yang berbicara hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan diri­nya sedangkan hidup adalah peng­abdian diri kepada Allah. Mengapa mereka perlu bangga diri sedangkan semua itu kurniaan Allah. Golo­ngan seperti ini sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh. 


Syukran, ma'assalamah. Wassalam .. :)


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

Menyingkap Memori : Kem BAK BATCH '00' SMIYTK

Assalamualaikum W.B.T. Lama NR tak tulis entry dalam blog ni..hampir setahun kot. *Pheww..* Entry sebelum ni banyak yang dah di-delete, termasuk tuto dan freebies. Sebab ada yang kurang sopan, tak sesuai dengan status NR yang menghafaz Al-Qur'an. :)
Tahun lepas, masa form 1, batch NR dekat Imtiaz Kemaman kena pergi Kem BAK & Hafazan dekat PULAPOL, DUNGUN. Best, happening, enjoy, letih, semua ada. Yang pasti, kem tu berjaya eratkan ukhuwah NR dengan kawan-kawan. Memandangkan NR seorang pendiam, bila pergi kem tu jadi banyak cakap sekejap..sebab kawan-kawan semua HAPPENING!! :D
Banyak yang kami lalui sepanjang kem tu. Senamrobik, nightwalk, berebut bilik air dan banyak lagi. Memori yang paling tak boleh dilupakan ialah masa Ustaz Jihad suruh tasmi' Surah An-Najm dekat atas bukit masa nightwalk! Haha..:D Berlangitkan bintang, beralaskan tanah, bertemankan cahaya telefon Ustaz Jihad...pengalaman tu sememangnya tak boleh dilupakan! :)
Antara gambar kenangan :
*Dalam bilik ni kami diberi masa 10 minit untuk hafaz Surah An-Najm*

*Masa aktiviti riadah, beberapa jam lepas sampai PULAPOL*

*Senyum sakan dapat hamper..hehehe :D*

*Them in jubah ulul albab*

 
*Malam terakhir; ceramah*

*Banat Batch 00; the best batch in the world!*
~ Hargai sahabat anda kerana mereka mungkin hanya datang sekali seumur hidup anda ~
#Smile =)


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)