Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: 2014
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Insta Facebook

Segmen Klik Button Follow By Syahirah Valiant


*Klik banner untuk join!*

Asslamualaikum..NR dah ikut semua syarat kecuali follow Instagram sebab NR takde akaun Insta. 



Jumlah Followers Sekarang :
 
1145

Target Followers :

1200



Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Notes :



Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

Giveaway untuk Bloggers


*Klik banner untuk join*

Assalamualaikum W.B.T. Sempena cuti sekolah yang 'agak' kosong ini..NR nak join giveaway yang dianjurkan oleh Encik Safirul Amar. Kalau ada rezeki, Insya-Allah boleh menang..kan? Huhu..-_-

Tarikh Mula :
23 Dis 2014

Tarikh Tamat :
28 Dis 2014 (11.59 malam)

Jomlah ramai-ramai kita join GA ni. Banyak lagi masa berbaki :) Lagipun kalau penyertaan menggalakkan, hadiah mungkin akan ditambah! Yeay! :D

Saya follower ke....:-

A) Blog Anamizu - 4275th
B) Blog Haffizul Iskandar - 156th
C) Blog Dr Shikin - 632nd
D) Blog Safirul Amar - 171st


Rezeki di tangan ALLAH :)


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

The Power of Sadaqah | Wordless Wednesday #1




When you give someone charity, be thankful to them.
You may be fixing their Dunya, 
but they are fixing your Akhirah.


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

MUSTAFA KAMAL ATATURK : Penegak Agenda Yahudi


Assalamualaikum W.B.T. Hari ni NR nak kongsikan kisah benar tentang kezaliman seorang pemimpin yang matlamatnya ingin menghancurkan, menghapuskan dan melenyapkan islam! 
Allahu Akbar..!

Diberi nama Mustafa Kamal Ataturk, beliau digelar Bapa Pemodenan Turki. Beliau yang bertanggungjawab mencetuskan Gerakan Turki Muda dan berjaya menjatuhkan institusi khalifah Uthmaniyah yang telah berkuasa selama 595 tahun pada 1924M.



Mustafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan kastam.

Salah seorang pembantu Ataturk telah menulis:

‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.”

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1683M, tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Bermakna Kamal Ataturk hanya islam pada nama, tapi yang sebenarnya beliau adalah Yahudi.

Ketika Kamal Ataturk mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1885M. Pada tahun 1905M, beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1907M. Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Di sini bermulanya usaha Kamal Ataturk dalam memusuhi Khilafah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.


Kezaliman Kamal Ataturk



Sewaktu Kamal Ataturk menjadi perdana menteri Turki, beliau telah melakukan banyak kezaliman, antaranya ialah :
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat memakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi(sesuai dengan fesyen barat).  Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian termasuk politik dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. Antaranya ialah : "Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik"
  • Agama Islam juga dijatuhkan daripada agama rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, malah ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris dan faraid secara islam.
  • Menghapuskan penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab, ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” Beliau tersenyum bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan


Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
Sakit jantung.
Penyakit darah tinggi.
Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. 

Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk!!

Na’udzubillahi min zaalik….

#Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar..kerana setiap orang adalah pemimpin kepada diri mereka sendiri
#Kezaliman akan menjadi kegelapan kepada si pelakunya pada hari kiamat

Sekian, wassalam..


Credit


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

Gleeful Raya Memories 2014


Assalamualaikum W.B.T. Entry kali ni NR cuma nak share
gambar raya tahun 2014.
Ada sekeping gambar kat kampung dan tak lupa gambar semasa beraya kat Imtiaz Kemaman :)


































#Bersyukurlah atas nikmat persaudaraan yang Allah kurniakan :)
#Maaf..saya ingat nak letak dalam bentuk video, tapi video tu terlalu besar..jadi terimalah dalam bentuk gambar..-_-
#Things End, but Memories Last Forever :)

Wallahua'lam, Wassalam..:)

Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)