Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: Menyingkap Memori : Kem BAK BATCH '00' SMIYTK
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Insta Facebook

Menyingkap Memori : Kem BAK BATCH '00' SMIYTK

Assalamualaikum W.B.T. Lama NR tak tulis entry dalam blog ni..hampir setahun kot. *Pheww..* Entry sebelum ni banyak yang dah di-delete, termasuk tuto dan freebies. Sebab ada yang kurang sopan, tak sesuai dengan status NR yang menghafaz Al-Qur'an. :)
Tahun lepas, masa form 1, batch NR dekat Imtiaz Kemaman kena pergi Kem BAK & Hafazan dekat PULAPOL, DUNGUN. Best, happening, enjoy, letih, semua ada. Yang pasti, kem tu berjaya eratkan ukhuwah NR dengan kawan-kawan. Memandangkan NR seorang pendiam, bila pergi kem tu jadi banyak cakap sekejap..sebab kawan-kawan semua HAPPENING!! :D
Banyak yang kami lalui sepanjang kem tu. Senamrobik, nightwalk, berebut bilik air dan banyak lagi. Memori yang paling tak boleh dilupakan ialah masa Ustaz Jihad suruh tasmi' Surah An-Najm dekat atas bukit masa nightwalk! Haha..:D Berlangitkan bintang, beralaskan tanah, bertemankan cahaya telefon Ustaz Jihad...pengalaman tu sememangnya tak boleh dilupakan! :)
Antara gambar kenangan :
*Dalam bilik ni kami diberi masa 10 minit untuk hafaz Surah An-Najm*

*Masa aktiviti riadah, beberapa jam lepas sampai PULAPOL*

*Senyum sakan dapat hamper..hehehe :D*

*Them in jubah ulul albab*

 
*Malam terakhir; ceramah*

*Banat Batch 00; the best batch in the world!*
~ Hargai sahabat anda kerana mereka mungkin hanya datang sekali seumur hidup anda ~
#Smile =)


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

0 yang memberi respon :