Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: Ujian Umat Islam Selepas Bangun Tidur
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Exchange

Ujian Umat Islam Selepas Bangun Tidur


Bismillah, assalamualaikum.

1. Cuba ingat balik, waktu korang bangun tidur pagi ni, apa perkara PERTAMA yg korang buat?

a) Baca doa bangun tidur dan rasa syukur sebab masih hidup

b) capai smartphone dan tengok whatsapp/instagram/wechat/sms/facebook/twitter

c) capai laptop dan bukak akaun media sosial 

d) capai remote TV dan tengok cerita menarik yg ditayangkan

e) capai makanan yg ada dalam peti/periuk/almari/bawah tudung saji

f) bukak buku pelajaran dulu, rasa mcm solat tahajud dan baca Qur'an are not the priority

g) tutup alarm clock dan sambung tidur


2. Pagi tadi dan sebelum2 ni, korang bangun tidur pukul berapa? Bangun bila azan Subuh berkumandang ATAU pukul 7 pagi (Subuh gajah) ATAU pukul 11 pagi(Subuh dinasour)?


3. Cuba renung sejenak, selama bertahun2 korang hidup ni, SEISTIQAMAH manakah korang bangun solat tahajud, merintih pada-Nya dalam sujud terakhir dan doa korang. Atau bilakah MALAM LAST yg korang buat solat tahajud?


Kalau pagi2, permulaan hari kita dah fail, macam mana agaknya perjalanan hidup kita hari tu? 
Hmmm..


Sesungguhnya Rasulullah mendoakan kebaikan utk umatnya yg berpagi-pagi.


Wallahua'lam. Assalamualaikum..



Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

2 yang memberi respon :

Nik Ailya Saffaa Nik Hisham said...

Wah, sentap la baca ni~ tapi sangat-sangat membantu..betul la, bila fikir balik...memang tak power la nak istiqamah buat tahajud..huhuk!

Julia Tarmidi said...

Salam singgah dan follow :)

http://www.akuseorangtraveler.com