Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: Cara Khatam Al-Quran pada Bulan Ramadhan | Simple & Praktikal
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Insta Facebook

Cara Khatam Al-Quran pada Bulan Ramadhan | Simple & Praktikal


Assalamualaikum. Berikut ialah cara untuk khatam Al-Quran 30 juzuk semasa bulan Ramadhan yang paling mudah dan tak memenatkan, Insya-Allah. Yang penting perlu ada disiplin, komitmen dan istiqamah dalam diri.

Caranya :

1. Dalam Al-Quran Mushaf Uthmani, setiap juzuk Al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat atau lebih.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu

Jika istiqamah melakukannya setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita akan khatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran”
 (Riwayat al-Tirmidzi)

Cubalah! Selamat beramal :)
 Syukran, take care. Assalamualaikum.

Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

0 yang memberi respon :