Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: Hikmah Perpisahan :')
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Exchange

Hikmah Perpisahan :')


Assalamualaikum W.B.T. Batch Form 4 @ Acme Luminous I-Kem ramai sangat yang pindah baru-baru ni. NR sangat sedih sebab salah seorang daripada mereka sangat rapat dengan NR, Kak Nusaibah!! Ya Allah, dia seorang kakak yang sangat-sangat baik! 

Dia ajar NR cara-cara hafaz Al-Qur'an yang betul..dia bagi semangat time NR down dalam hafazan dan dalam akademik..dia dengar semua luahan dan masalah yang NR ada..dia selalu berkongsi dengan NR pasal pelajaran..dia bagi contoh dan teladan pada NR melalui sikap dan akhlak dia... NR dah anggap dia kakak NR sendiri ..... :'( :'(

Betullah..
Perpisahan membuatkan kita menghargai seseorang…
Perpisahan menunjukkan tiada yang kekal abadi…
Perpisahan mengajar erti kesabaran….
Perpisahan mendekatkan diri kepada tuhan….


Ukhuwah Batch diorang sangat rapat. Sebelum ni pun diorang ada buat permainan bola jaring untuk banat Form 4 sebab nak tunaikan permintaan terakhir Kak Sumaiyyah. Ni gambar batch diorang yang NR ambik dari facebook. Syukran jazilan Kak Ainul Zakiah :)

Masa banat Form 4 main bola jaring :




*Annual Dinner masa diorang Form 3*

NR doakan semoga kakak-kakak akan lebih berjaya di tempat baru. Jangan lupakan kami di sini :') Good luck untuk SPM :) Dan, doakan juga untuk kami, Calon PT3 2015. TRIGGERZEIT! :)


Tak lupa jugak, untuk Kak Mazlin, do the best kat KISAS nanti. Kalau rasa sunyi, kakak saya ada :) Selalulah update blog, boleh saya tahu perkembangan :)
Kak Ainul Zakiah pun, good luck kat Imtiaz Dungun. Insya-Allah, ada rezeki, kita akan jumpa lagi :) 


Time doesn't take away friendship, nor does separation
True friendship isn't about being inseparable, it's being separated & nothing changes


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

1 yang memberi respon :

Mad Parihh said...

betul2 . perpisahan akan membuat kita lebih menghargai seseorang kan