Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: Ahlan Wa Sahlan Form 4 2017 Ila Kisas | Persediaan & Persiapan untuk ke Kisas
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Insta Facebook

Ahlan Wa Sahlan Form 4 2017 Ila Kisas | Persediaan & Persiapan untuk ke Kisas


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 
Memandangkan jari-jemari NR dah lama tak bermain di keyboard, banyak bermain dengan pen je, jadi NR takde idea nak taip entry pasal apa sebenarnya.

Tapi tadi NR check statistic blog..dan NR amat terkejut bila melihat search keywords yang banyak orang cari adalah berunsurkan Kisas! Yes! Kisas! My beloved school!

bilik dorm kisas..
google banati masat tikar....? *apakah ini?*
kehidupan pelajar kisas..
kisas..
suasana kehidupan kisas..

Ni mesti ada kaitan dengan Form 4 dan SBP...hmmm mungkin mereka2 ni nak tahu lebih lanjut pasal Kisas. Atau mungkin mereka dah ditawarkan masuk ke Kisas dan nak buat persiapan? Owh ye Form 4 masuk lepas cuti raya cina kan?  Excitednya ana nak terima junior!!! I am so eager to meet you guys! Cepatlah masukkkk....!*haha gedik* 
😆😆😆😆😆

Memandangkan korang masih freshie dan greenie 'mungkin'..di sini akak selaku senior Form 5 bagi tahun 2017 ini akan memberikan pencerahan serba sedikit In shaa Allah..bagi mengeluarkan korang "minaz zhulumati ilan nur"..dari kegelapan kepada cahaya..hehehe

Tapi mungkin pencerahan ni lebih kepada golongan bergelar muslimat lah ye..akak tolong setakat yg mampu, orait girls??

Baiklah, first thing first, antunna dah dapat kan senarai kelengkapan yang perlu korang bawa untuk ke SBP? Apa yang korang perlu tahu, modul panduan tu adalah bersifat general/umum untuk kebanyakan SBP. Jadi, mesti ada beberapa benda yang tak selaras dengan isi panduan tu.

Okey, jom kita sentuh satu persatu bab cerita.


1. DORM
  • Antunna tak dibenarkan pakai baju t-shirt lengan pendek dalam dorm, apatah lagi ketika nak keluar dari dorm. Pelik ke? Tak pelik di sekolah lama antunna, tapi di Kisas sangat pelik. So, jika antunna sempat baca entry ni, JANGAN BAWA BAJU T-SHIRT LENGAN PENDEK KE KISAS. BAWA BAJU T-SHIRT LENGAN PANJANG SAHAJA. Silalah percaya. Susah ke? Akak tahun lepas(2016) masa mula2 masuk pun bawak banyak baju lengan pendek, tapi hari pertama tu antunna akan ada perjumpaan dengan KP Dorm(orang yang bertanggungjawab bimbing antunna sepanjang setahun dalam dorm) dan mereka akan beritahu DO's and DONT's in Kisas. Baju lengan pendek kena bawak balik. Camne akak buat dengan ketiadaan baju t-shirt lengan panjang waktu tu? PAKAI BAJU MUSLIMAH DALAM DORM lah jawabnya ye adik2..owh ye, ni kita bercakap tentang baju T-shirt dalam dorm..yang BAJU MUSLIMAH tu memang antunna wajib bawak untuk bersukan.
  • Rasanya benda lain ni benda yang common dan korang dah tahu pun. TILAM DAN BANTAL DISEDIAKAN jangan risau...CADAR, SARUNG BANTAL DAN SELIMUT TAK PERLU BAWA DARI RUMAH, KORANG AKAN BELI DI KOPERASI MENGIKUT WARNA RUMAH YANG KORANG DAPAT WAKTU DAFTAR.
  • BOLEH BAWA MEJA STUDY KALAU NAK..bilik study disediakan untuk setiap rumah..tapi ada jenis orang yang suka study dalam dorm. Meja study bukan suatu kewajipan, tapi cuma untuk keselesaan.
  • TAK PERLU/TAK BOLEH BAWA RAK BUKU. Dorm ni dah cukup2 ruangnya untuk loker dan katil antunna, takde ruang untuk rak ye.
  • TAK BOLEH PAKAI SELUAR BOXER/SELUAR TIGA SUKU/LEGGINGS dalam dorm, apatah lagi luar dorm. Cuma pakai seluar biasa..ala seluar yang biasa2 je..tak fit tak jarang. Faham kan? Kain batik dibolehkan.

2. ASRAMA
  • Antunna diwajibkan untuk PAKAI TUDUNG LABUH untuk keluar dari dorm/ke tandas/ke blok sebelah/ke musolla. Pendek kata, keluar dari dorm je, antunna kena pakai tudung labuh. So, JANGAN BAWA TUDUNG ARIANI/TUDUNG BAWAL/TUDUNG SHAWL untuk jadikan sebagai "TUDUNG TANDAS" antunna. Memang tak boleh! Kenapa? For your information, asrama muslimat Kisas ni TERBUKA..I mean, orang2 dekat jalan raya tu boleh nampak kita di dalam asrama ni. Scaryy?? No! it's reality! Jadi kalau nak senang bawaklah satu tudung labuh yang khas untuk ke tandas. Fahimtunna?

3. TOILET
  • Barang2 toiletries macam biasa. Sama je macam sekolah lama. Benda2 asas macam berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh baju baju, pencuci muka, baldi dan sebagainya tu kenalah bawa. Tak berubah pun bila antunna datang Kisas...

4. SEKOLAH
  • Penting untuk akak ingatkan. Kalau antunna bukan Persatuan Puteri Islam Malaysia dari sekolah lama, contohnya antunna Pengakap, dan antunna dah ada uniform Pengakap tu, antunna kena tahu yang di Kisas, SEMUA PELAJAR MUSLIMAT KENA PAKAI UNIFORM PPIM even persatuan apa pun antunna kat sini. Faham tak? Maksudnya di sini antunna takkan pakai lagi uniform pengakap tu. Faham ke? Sebab apa rasionalnya? Kakak akak cakap, peraturan ni start masa tahun dia kat sini..rasionalnya kerana pemakaian unform PPIM adalah lebih sopan dan menjaga aurat kaum muslimah. Betul tak? Untuk kaum muslimin, mereka takde masalah, tapi untuk muslimat, antunna memang kena pakai uniform PPIM. Jangan salah faham, bukannya semua muslimat kena masuk PPIM, cuma PAKAI BAJU PPIM, tapi persatuan setiap orang berbeza. Oh ye..kat Kisas takde Persatuan Pandu Puteri ye adik2.. :) Jangan risau, ada banyak unit beruniform kat sini..bukan PPIM je. Tapi PPIM lah yang paling aktif..HIGHLY RECOMMENDED! Hehe :D
  • Tudung labuh antunna mesti mengikut piawaian..tutup dada, tutup punggung. Senang cerita, kena labuh.
  • Antunna wajib pakai handsock bila keluar dari asrama. Dan WARNA HANDSOCK YANG DIBENARKAN KETIKA HARI SEKOLAH HANYALAH WARNA HITAM/PUTIH. Tak boleh pakai handsock warna-warni ye adik2..tapi kalau weekend tu suka hatilah nak pakai warna apa pun.
  • Kasut hitam PVC. Fully warna hitam..bukan yang tapak berwarna coklat, ada hiasan or what so ever. Kasut hitam PVC kosong!

Baiklah, rasanya sampai sini je kot, Beberapa perkara di atas adalah perkara yang menimbulkan "keter-kejutan" kepada akak waktu mula2 masuk ke Kisas. Perkara2 lain tu mungkin perkara yang sama macam sekolah lama. Akak cuma nak inform je apa yg mungkin menjadi kelainan drp sekolah lama antunna. Kisas tak lah strict sangat..maksudnya, datang2 korang dah kena ada baju PPIM...we will give you time to set up all the needs. Normally we will give you time until the next holiday to prepare all the things. Cuma, untunglah kalau korang dah terbaca entry ni dan buat persiapan awal. In shaa Allah peraturan ni tak berubah lagi..sebab inilah peraturan time 2016 dan in shaa Allah dibawa ke 2017. 

Akhir kata, persiapan yang paling penting untuk antunna sediakan ialah, PERSIAPAN MENTAL DAN FIZIKAL. Kisas adalah SBP dan jadualnya berbeza daripada sekolah lama antunna. Mental dan fizikal kena QOWIY! Kalau tak, antunna akan kecundang, dan terbitlah bibit2 rasa nak pindah sekolah.

HOMESICK tu biasa dan normal pada peringkat awal..akak pun homesick sampai demam waktu minggu first, but YOU KNOW YOU HAVE TO MOVE ON. Whether antunna dapat ke tak Kisas, segalanya ada HIKMAH. Ada SESUATU yang ALLAH nak bagi.. dan ALLAH nak antunna BELAJAR SESUATU DARIPADANYA.


*Motto Kisas* 

Fastaqim Kama Umirta
(Maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan..)

Syukran jazilan, Wassalamualaikum.


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

7 yang memberi respon :

Unknown said...

👍

Intan Saffyna said...

hi, saya singgah sini sambil follow awak :)

Prediksi Bola Februari 2017 said...

Sungguh Menarik Dan Bermanfaat Sekali Sobat Bagi Saya.
Terima Kasih Berkat Artikel Anda Saya Mendapatkan Banyak Informasi Serta Pengatahuan Lebih Jauh.
Jangan Lupa Kunjungi Blog/Artikel Saya Ya Sobat " Berbagi Itu Indah " !!!!!!

Just Share My Visit Blog Thanks (^_^)

1.( >>> Please Jangan Di Klik <<< )
2. Agen Game Online

Sobe said...

Assalam. Terima kasih sbb sudi kongsikan cerita Kisas kpd pmbace. Tak ramai yg mampu, saye pun tak pandai nk kongsikan cerite saya di kisas. Hrp2 helang2 yg hebat mcm enti ramai. Ana muslimah. Salam perkenalan. May Allah bless u.

Noor Maizan said...

Peraturan yang dicipta utk mendidik... :)
All the best utk adik2 yang masuk Kisas and yang ada kat Kisas semua :D

Unknown said...

Kt kisas ade taekwondo x
Kisas blik sebuln sekali heh

Unknown said...

rindunya Bumi Waqafan, bumi tarbiah. Terlalu banyak pengalaman dan mutiara yang indah dari bumi ini.