Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: Kehidupan, Suasana dan Keunikan Kisas
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Insta Facebook

Kehidupan, Suasana dan Keunikan Kisas


Assalamualaikum W.B.T.

Entry ini ditulis dengan qalbun mutmainnah(hati yang tenang).

Allahu..sebulan duduk di Kisas setelah mendaftarkan diri pada 14 Februari 2016 baru-baru ni,, begitu mengajar diri ni banyak perkara.

Sesungguhnya, Islam itu agama yang syumul dan menyuluruh. 
Nyata, Kisas telah memperkenalkan bagaimana syumulnya Islam itu.

Mulanya, NR ada jugak rasa takut nak tinggalkan Imtiaz Kemaman dan masuk Kisas walaupun NR percaya jawapan istikharah daripada Allah itulah yang terbaik untuk NR. Sebabnya satu..Kisas bukan sekolah tahfiz. 

Jadi NR takut kalau NR akan berubah jadi seorang yang teruk ataupun lupa Al-Qur'an bila dah pindah Kisas. Tapi, expectation tu ternyata meleset 360 darjah. MELESET SAMA SEKALI.
 
Sebab, ternyata tarbiyah dan biah solehah dekat Kisas tu jauh lebih hebat. Even kawan-kawan NR daripada Imtiaz Kemaman mahupun Imtiaz yang lain(Imtiaz Q-Ber, Imtiaz Dungun & Imtiaz Besut), bahkan sekolah tahfiz yang lain pun cakap biah solehah di Kisas jauh lebih hebat.
Apa yang hebatnya Kisas??



Meh NR cerita start daripada awal-awal daftar Kisas.

Pagi Isnin tu, NR bersiap awal pagi untuk pergi daftar sebab takut jalan jammed. 
Breakfast dulu kat luar barulah melangkah masuk ke Kisas.

NR mengitari seluruh bangunan Kisas. Bangunan dia nampak macam lama ataupun senang kata 'vintage'. Terdetik dalam hati, 'Wasatiyyah(sederhana) betul Kisas ni. Ni ke salah satu rahsia kejayaan pelajar2 Kisas?'.

Tengok dekat board depan Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin dan ditakdirkan NR, Maisarah & Fatimah kelas lain2. Redha. Mungkin Allah nak luaskan lagi medan silaturahim untuk berkenal-kenalan dengan saudara Islam yang lain...mesti ada hikmahnya.

Kelas kat sini ada nama masing-masing berdasarkan nama tokoh-tokoh Islam selain guna nombor kelas. Macam kelas NR namanya Al-Kindi. Tapi biasanya orang panggil nombor kelas je, lagi senang. 

Form 4 kena masuk dewan tanpa ibu bapa dan penjaga. Sebab nak didik kami supaya  berdikari. Semua urusan pendaftaran perlu diuruskan sendiri.

Apa yang menariknya, bila masuk dewan, akan ada akak2 senior Form 5 yang akan guide kita start daripada daftar hinggalah ke asrama. Akak-akak ni dipanggil CS(College Sister). Mereka sangat ramah, seriously!!

Tahu tak, Kisas ni guna Sistem Rumah? 
Ada empat buah rumah; Thariq(Hijau), Khalid(Biru), Omar(Merah) dan Ali(Kuning).

Semua markah merit yang berdasarkan Akademik, Kokurikulum, Sahsiah dan 3K para pelajar akan disumbangkan kepada rumah masing-masing. Markah terkumpul yang paling banyak akhir tahun nanti akan menentukan siapa juara rumah bagi tahun tersebut.
So setiap pelajar bertanggungjawab untuk menaikkan markah rumah masing-masing.

Oh ye, kalau dekat Imtiaz Kemaman dulu, lelaki dipanggil banin & perempuan dipanggil banat. Kat sini lelaki dipanggil muslimin dan perempuan ialah muslimat. Kadang2 kalau malas nak sebut, kami panggil 'min' dengan 'mat' je. Hehehe.. ^_^

Waktu masuk dewan tu, first2 sekali NR diberi kertas warna hijau oleh cikgu. NR tahu yang kertas hijau tu symbolizes Rumah Thariq..apapun bersyukurlah dapat Rumah Thariq, sebab warna hijau memang favourite kan..hehehe :D

Usai daftar itu dan ini, terserempak dengan Fatimah waktu taklimat. 
Tanyalah dia rumah apa..nampaknya Fatimah rumah Khalid, Maisarah rumah Ali. Aduhai, tadi lain kelas, sekarang lain rumah pulak. Huhuhu..-_-"

Muslimat punya asrama pelik sikit bagi NR, sebab dia gabung dua rumah dalam satu blok.
Thariq & Khalid dalam satu blok | Omar & Ali dalam satu blok

 Kalau asrama Muslimin, setiap rumah ada blok masing-masing(warna blok ikut warna rumah) dan duduk dalam bilik, bukannya dorm. Maksimum sebilik 4 orang dan minimum 2 orang sahaja. Terletak di luar kawasan sekolah dan kena naik jejantas.

NR ingatkan asrama muslimat macam tu jugak, so hari first tu sesat sebab nak cari blok warna hijau yang resemble rumah Thariq! Haha kesiannye saya...
*Asrama Muslimin*
Credit
*Asrama Muslimat*
*Blok warna kuning tu ialah asrama Maisarah.

Court kat tengah2 asrama ni ialah tempat para Muslimat bersenam dan berlatih sukan waktu petang2. Besar kan? >_<"

Disebabkan blok Thariq Khalid ialah blok baru, jadi katilnya single dan ada divider, berbeza dengan blok Omar Ali yang ada katil double decker.

Macam ni rupanya :-
Credit
*Ni rupa dorm Khalid. Thariq pun samalah. Cadar, selimut dan sarung bantal ikut warna rumah ye adik2..Tapi sekarang guna locker besi 2 pintu*

Siap angkat barang semua, tibalah waktu untuk abah tinggalkan anak perempuan dia ni untuk menimba ilmu dan bermujahadah di Bumi Waqafan. Sedih? Mestilah! Nangis? Mestilah! 

Tapi abah cakap.."Bihah, kuatkan diri tu. Duduk kat sini tak lama pun, dua tahun je. Dua tahun tu sekejap sangat. Kata nak gi belajar oversea, tapi duduk dalam Malaysia pun nangis2..macam mana nak gi belajar jauh ni?"
Gulp! Sentappp..be strong Wanna! Be strong!

Maka, setelah bersalaman dengan abah, NR mendaki anak tangga ke tingkat paling atas. Kalau tiap-tiap hari naik tingkat 3 ni, boleh turun berat badanku rasanya..

Aduhh..air mata keluar mencurah-curah lagi. Hati menjerit, ABAH, NAK BALIK!!
Tak pernah sekolah jauh gini!

Jalan pi tandas nak basuh muka..terserempak dengan akak F5 yang tengah jemur kain. 
Dia perasan NR nangis, pastu dia tegur, "Dik, kenapa nangis ni? Janganlah sedih-sedih. Kitorang semua ada untuk teman adik..jangan nangis2 ea."

Wah..!! Caringnye kakak senior kat sini! Rasa sangat dihargai...waduhx2!
Percaya tak, kat Kisas ni, takde pun istilah SENIORITY dan buli-membuli. Silalah percaya!
*Akak yang tegur NR tu dah jadi AS @ Adopted Sister NR. Hahaha..we have been fated to! Lepas ni NR akan cerita pasal tradisi AS kat Kisas ye!*

Petang tu, pukul 6.30 petang, semua aspuri wajib berada kat DM(Dewan Makan). Diulangi, SEMUA. Whether antunna nak makan, tak nak makan, ada selera, takde selera, antunna WAJIB berada di DM paling lewat pukul 6.35 petang. Nama yang lewat turun akan diambil pada pukul 6.36 petang dan akan merit markah rumah. Kat Imtiaz dulu, makan malam ialah pilihan masing2.


Start daripada waktu makan nilah, NR mula dapat rasa serba sedikit daripada 6 Unique Things in Kisas. Apa dia 6 Unique Things tu?


T - Tarbiah
T - Teachers
F - Friends
B - Biah Solehah
U - Ukhuwwah
U - Usrah


Sementara tunggu ambik makanan, semua muslimat samada yang dah duduk atau masih beratur akan selawat + nasyid + qasidah sama-sama tanpa perlu disuruh pun. Masa menunggu pun tak terbazir macam tu je, kan? Sungguh, ini antara biah solehah yang mula-mula NR dapat rasa kat sini.
Antara selawat dan nasyid yang famous kat Kisas :-


Qasidah Ya RabbaMakkah
Doa Iman
Selawat Tafrijiyyah
Nasyid Erti Al-Fatihah
Qasidah Isyfa'lana


Dan banyak lagi...
Sebelum makan, semua akan baca Al-Ma'thurat dulu secara berjemaah.
Kisas sangat-sangat menjaga amalan bacaan Al-Ma'thurat.

Lagi yang menarik, lepas makan kometri akan umum rumah yang first second third fourth yang akan bangun pada hari tu. Waktu nak bangun tu, ada 3 Perkara yang Perlu Dijaga; bunyi kerusi, bunyi pinggan dan bunyi suara. Tak boleh ada bunyi walau sikit pun ! Kalau tak rumah tu kena duduk semula.

Awal2 memang rasa susah, tapi lama2 mesti boleh adapt dengan biah(suasana) tu. 
Tapi, apa rasionalnya jaga 3 perkara kat DM ni ye?

Ini rasionalnya :-

1- Mengelakkan orang yang stres belajar jadi bertambah-tambah stres bila dengar bunyi suara, kerusi dan pinggan yang 'sabung-menyabung', kalau katakanlah takde peraturan macam ni.
2- Mendidik diri untuk jadi muslimah yang lebih bersopan dengan menjaga kebisingan semasa dan selepas makan.
3- Syaitan suka pada kebisingan, jadi elakkanlah menjadi bising tak bertempat. Melainkan bising pada perkara dakwah dan mahmudah, ha yang itu digalakkan.


Orientasi Form 4 berjalan selama 2 minggu berdasarkan Modul SBP. 
Batch kami ialah generasi yang ke-62 Kisas.

Penat orientasi tak terluah dan tak tergambar....tapi kata akak fasi pada kami, "Kalau berjuang kat Kisas pun penat, macam mana nak berjuang tegakkan Islam kat dunia luar??"
#Deep..

Kakak NR pernah cakap, waktu kat Kisas ni padat sangat-sangat berdasarkan experience dia kat sini. Tapi NR cakap, waktu kat Imtiaz pun padat jugak. Sebab Kisas dengan Imtiaz, dua-dua ada 2 sesi persekolahan, sesi pagi dan petang.
Waktu tu NR belum rasa lagi..tapi lepas NR alami sendiri hidup kat Kisas, barulah NR sedar apa yang kakak NR cakap tu memang betul! Tapi sebenarnya, waktu di Kisas dirasakan padat, sebab waktu tu dirasakan 'penuh' sebab pelajar-pelajarnya sentiasa kejar masa untuk menimba ilmu dan buat perkara-perkara berfaedah.
Kita takkan jumpa budaya lenggang kangkung kat sini, semua orang jalan laju je. Imma muslimin wa imma muslimat. Lagipun berjalan laju tu memang sunnah Rasulullah.
Sampai suatu tahap yang 'kepelikan' sangat sebab suasana begini takde kat Imtiaz Kemaman, NR tanya sorang senior Thariq ni,
"Akak, budak2 Kisas ni tak penat ke? Saya tengok semua orang kat sini macam sikiit sangat berehat. Time cuti pun macam tak cuti. Semua sibuk study."
Akak tu pun jawab,
"Akak pun kadang ada jugak rasa macam tu. Cuma pada pendapat akak, kita ni memang datang sini nak belajar, so takde alasan penatlah, nak rehatlah. Bukannya kita tak boleh rehat langsung. Tapi waktu tidur tu kita kenalah tidur betul2. Lagipun, memang sepatutnya kita ni orang Islam kena kurangkan tidur pun. Bila kita dah terbiasa kejar masa, sebenarnya kita akan jadi lebih pandai guna masa berbanding orang lain yang ada banyak waktu rehat."
#DeepLagi..

-----------------------------------------------------------------------
Sekarang, NR nak cerita jadual hidup pelajar Kisas start daripada bangun pagi sampai lah tidur malamnya.

5.30 pagi - Bangun pergi mandi. Kalau tak nak beratur panjang/nak solat Tahajjud/nak study, bangunlah pukul 5.00 pagi ye kawan2..

6.10 pagi - Pergi ke Musolla Siti Khadijah untuk solat Subuh berjemaah. Kat sini takde budaya solat dalam bilik ataupun "musollik". Kalau turun lambat, nama akan diambil oleh ahli JAKSA. Apa itu JAKSA? JAKSA ialah Jawatankuasa Solat Awal. Nama akan start diambil lepas habis azan "Laailahaillallah". Macam biasa, kalau nama kena ambik, markah rumah akan ditolak. Oh ye, JAKSA ialah salah satu keunikan Kisas yg takde kat sekolah lain.

6.30 pagi - Waktu ini fleksibel berdasarkan masuk waktu Subuh pagi tu. Lepas habis solat Subuh, pergi ambik breakfast ataupun naik dorm semula kalau tak sempat nak tegangkan cadar atau kemas apa yang patut.

7.00 pagi - Semua pelajar bergerak ke COE(Centre Of Excellence) untuk perhimpunan pagi. Kalau perhimpunan rasmi hari Isnin akan dibuat dekat Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin. Sebelum mula perhimpunan, kami akan baca Asmaul Husna dan Al-Ma'thurat dulu. Macam yang NR cakap tadi, Kisas sangat menjaga amalan bacaan Al-Ma'thurat ni, samada pagi atau petang.

*COE*
Credit

*Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin*


7.40 pagi - Masuk ke kelas untuk sesi pagi. Sela waktu rehat pukul 10.25 pagi.
Waktu tengahari, keluar dari kelas sekejap untuk makan tengahari dan solat Zohor berjemaah. Lepas tu, masuk ke kelas semula untuk sesi petang.

3.30 petang - Sesi petang habis. Tapi belum boleh balik asrama lagi ye, sebab akan disambung dengan Kelas Tambahan Wajib ataupun kami panggil KTW supaya pendek sikit namanya. Waktu KTW ni, samada cikgu nak buat kelas kat DUA(Dewan Ulul Albab)/DB/kelas ataupun pelajar2 study sendiri dan siapkan homework dalam kelas.

*Dewan Ulul Albab (DUA) *
*Tempat untuk kuliah/meeting/ceramah selain dewan besar. 
Lebih kurang macam dewan kuliah kat Imtiaz Besut, tapi dewan I-Best lagi besar.*


4.30 petang - Habis sesi petang, pelajar bergerak ke musolla untuk solat Asar berjemaah. Waktu habis sekolah kat sini, 4.30 petang sama je dengan Imtiaz dulu, cuma bezanya kat sini takde Qailullah(tidur tengahari), tapi Imtiaz ada.

5.00 petang - Habis solat Asar berjemaah, ada yang naik dorm study, ada yang bersukan kat court, basuh baju dan sebagainya. Yang pasti, dalam waktu ni kena bersiap-siap untuk turun DM pukul 6.30 petang nanti. Jarang nampak orang tidur petang kat Kisas ni. Sebab ramai yang akan study dan study..

6.35 petang - Semua pelajar dah berada di DM dan ambik makanan. Bacaan Al-Ma'thurat berjemaah, doa makan dan lepas tu bolehlah menjamu selera.

7. 00 malam - Habis makan, kometri akan umumkan rumah yang akan bangun dulu hari tu. Lepas tu, pelajar bergerak ke Musolla Siti Khadijah untuk solat Maghrib berjemaah. Sebelum tunggu azan dan solat, semua pelajar akan baca Al-Qur'an. Takde jumpa "halaqah swasta" yang bergosip bagai kat dalam musolla ni.

7.20 malam - Waktu ni fleksibel berdasarkan masuk waktu solat Maghrib. Solat Maghrib berjemaah then solat sunat ba'diyyah. Lepas tu, setiap malam akan ada pelbagai pengisian. SETIAP MALAM. Samada tazkirah, ceramah, belajar tajwid, tarannum dan sebagainya. *So bila ana boleh mengulang Al-Qur'an??!*

8.45 malam - Masuk waktu Isyak, kami solat Isyak berjemaah.

9.00 malam - Semua pelajar bergegas ke kelas prep. Muslimin dan muslimat prep blok lain-lain. Muslimin guna blok yang menempatkan kelas 401 - 405 manakala muslimat guna blok kelas 406 - 412.

10.45 malam - Habis prep, semua pelajar pulang ke asrama dengan muka ngantuk ada, moody ada, mendung ada..macam-macam mukalah ada. Maklumlah, tak tidur dari pagi. Ada yang terus naik dorm dan ada yang minum malam dulu. Duduk kat sini, perkara biasalah kalau rasa lapar. Minum malam tu ramai je orang pergi even mengantuk pun..sebab tu kantin pun laku je semua barangnya.(Kalau kat Imtiaz, bukan panggil kantin, tapi kafe). Lepas tu, semua bergegas pulak naik dorm sebab nak kejar bacaan Al-Mulk.

11.35 malam - Semua muslimat samada yang tengah study, gosok baju, basuh baju, atau di mana-mana jua mereka berada, by hook or by crook kena ada dalam dorm untuk liqa' Al-Mulk. Lepas tu, emcee liqa' malam tu akan bagi tazkirah/teguran/cerita..ikut suka hati.

12.00 malam - WAJIB light off dorm. Kalau lambat light off, akan ada orang jerit, 
"Thariq aras 3!! Light off dorm!"<--Contohnya. Degil tak nak light off?? Merit akan dikenakan..buatlah kalau nak kena potong markah rumah ye.

Waktu ni, muslimat yang belum sempat siapkan homework, akan berjalan dalam dua situasi; samada berjalan dengan penuh bersemangat ataupun penuh mengantuk ke bilik study yang terletak di hujung aras. Matlamatnya satu! Nak siapkan homework yang cikgu bagi. 

Kadang ada yang habis stay up pukul 1/2 pagi, malah ada yang tertidur terus sampai 5.30 pagi kat bilik study tu dengan kepala terlentok atas meja ataupun tidur atas tikar RM10 dalam bilik tu sementara yang lain nyenyak tidur atas katil empuk dalam dorm. Keadaan ni normal ye kawan2 sekalian..maka tak hairanlah kalau kami qada' tidur kat rumah. Hehehe :D

Pernah NR tanya kak senior, "Kak, kenapa saya tengok akak2 senior kat sini sanggup stay up buat kerja sekolah sampai lewat malam eh? Sampai ada yang tertidur dalam bilik study?"

Akak tu jawab, "Kerja sekolah yang cikgu bagi tu satu amanah. Kalau tak siap, mesti cikgu terasa. Seboleh-bolehnya, duduk kat sini,  janganlah buat cikgu terasa, jaga hati cikgu betul-betul,. Takut nanti tak berkat ilmu. Kalau ilmu tak berkat, study hard macam manapun, takde guna jugak."
#DeepSekaliLagi..

Begitulah jadual persekolahan para pelajar Kisas. Tapi tu untuk hari sekolah ye..weekend lain pulak ceritanya.

-----------------------------------------------------------------------

Jadual Weekend - Hari Sabtu


5.30 pagi - Bangun pagi, macam hari-hari lain, jadual still sama. Mandi. Solat Subuh, Al-Ma'thurat, breakfast etc.

8.30 pagi - Semua pelajar kena kosongkan asrama dan bergerak ke bilik prep untuk prep pagi. Waktu ni, persediaan mental dan fizikal sangatlah penting, kerana...prep pagi ni berlangsung selama 4 jam. Yes, 4 JAM! 

Tempoh waktu yang sangat lama tanpa sela waktu rehat pun. Bukannya takde rehat...ada, pukul 10.30 pagi. Cuma tak rasa nak rehat..'coz we have fall into the passion of studying! Hahaha..Waktu nilah semua pelajar pulun habis-habisan nak siapkan homework yang cikgu bagi. Waktu 4 jam tu sangatlah lama ye kawan-kawan..kalau difikirkan logik, semua kerja sekolah dah boleh siap dalam waktu tu, in shaa Allah kalau tak disertakan dengan tidur dan sembang-sembang.

Normal lah kalau ada pelajar yang tertidur waktu ni sebab asyik duk ngadap buku je. Sebab tulah malam sebelumnya lebih baik tidur awal je, tak payah stay up sebab esoknya waktu prep saaaangatlah lama.

12.30 t/hari - Tamatlah sudah prep pagi Sabtu. Semua pelajar bergerak ke DM untuk makan tengahari. Oh ye, DM asing ye muslimin muslimat, kecuali untuk makan tengahari hari sekolah je, sebab nak jimatkan masa Muslimin daripada naik jejantas kot. Time weekend ni memang muslimin-free.

Lepas makan tengahari tu, aktiviti bebas sampailah 6.30 petang. 
Study
Basuh baju
Qailullah
Gosok baju
Bersukan
Makan dekat kantin
Atau suka hati antunnalah nak buat apa pun..
6.30 petang sila turun DM macam biasa.
Malam tu, lepas habis Solat Isyak berjemaah, kalau takde apa2 perjumpaan atau Program Badar Muslimat, semua ahli dorm akan bekerjasama kemas dorm untuk inspection pagi esok.
Apa itu inspection? Inspection ialah pemeriksaan dorm yang dilakukan oleh Lembaga Ketua Pelajar pada setiap hari Ahad minggu yang tak balik. Kat sini ada tiga jenis inspection; inspection harian, inspection dorm dan inspection penuh(sekali-sekala).

Inspection Harian : Pemeriksaan setiap pagi waktu pergi sekolah
Inspection Dorm : Pemeriksaan kawasan dalam & sekitar dorm sahaja
Inspection Penuh : Pemeriksaan kawasan dalam dorm, locker, koridor, bilik2 khas(bilik iron, bilik basuh, bilik kering, bilik bagasi, tandas) dan keseluruhan aras termasuk habuk-habuk dekat tingkap, jenang tingkap, kipas dan segala benda yang boleh dicuci!

Inspection ni akan sumbang markah 3K untuk rumah, so memang kena kemas dorm betul2.

Kat Kisas ada banyak kata-kata yang diulang-ulang.
Setiap satunya mengandungi makna yang tersirat dan tersendiri.
1. "Sesungguhnya pipit-pipit di negeri kami akan bertukar menjadi helang"
2. Kisas bukan Syurga, penghuninya bukan Malaikat
3. Kutiplah mutiara di Bumi Waqafan
4. Hidup kerana Tarbiyah, bukan Biah Solehah

Kalau nak cerita pasal keunikan dan tarbiyah Kisas, ada banyak sebenarnya. 
Tapi adalah serba sedikit yang boleh dicerita.


1. Tradisi AS
AS ialah adopted sister ataupun kakak angkat. Malam tu, lepas balik orientasi, semua senior dan junior Thariq berkumpul dekat dorm F31 dan Form 4 cabut nama dalam cawan yang diedarkan. Nama yang tertulis atas kertas tu secara automatiknya menjadi AS kami. Lepas tu start taaruf sikit2..tapi kami tak sembang lama..sebab dah lewat malam.
Adakah antum terfikir, apa fungsi AS ni sebenarnya??

Fungsi AS & Rasionalnya 
1- Katakanlah antum ni pemalu-kucing orangnya, tak tahu nak luah/tanya senior yang mana tentang permasalahan yang ada, lagi2 antum seorang newbies..so AS ni sebagai akak senior yang paling rapat akan bimbing dan beri tunjuk ajar.
2- Kalau nak tanya apa2 soalan atau subjek yang tak faham, kalau malu nak tanya kat akak2 dorm, bolehlah tanya kat AS tanpa segan silu.
3- Biasanya pasangan AS akan bertukar-tukar hadiah dan berkirim salam..jadi ukhuwwah pun lebih rapat selain kita dapat peluang untuk bersedekah. Right?
4- Bukanlah bermakna bila dah ada AS, tak boleh rapat terus dengan akak2 senior yang lain. AS bukanlah penghalang hubungan silaturahim. Tapi AS ni macam orang yang kita paling rapatlah. Hahaha..

2. Ucapan Subhanallah
Kat Kisas ni ada banyak announcement. Announcement untuk mention menu makanan, pelawat, kosongkan asrama dan pelbagai lagilaa. Apa yang unik tentang announcement kat Kisas? Uniknya ialah, setiap announcement akan dimulakan dengan ucapan Subhanallah. Bukan tu sahaja, kalau nak test microfon, start tazkirah ke.. ucapan Subhanllah yang keluar dulu. Barulah salam.
Rasionalnya? Mungkin untuk ingatkan kita supaya banyakkan berzikir kot..


3. Etos @ Kebitaraan
Kisas punya etos yang famous ialah; Nasyid, Gamelan & Bahasa Arab. Form 4 kena pergi Malam Kebudayaan lepas habis minggu orientasi. Waktu tu, semua aktiviti kebudayaan kat Kisas ni macam berbalas pantun, main seruling, nasyid termasuklah gamelan dipersembahkan. Gamelan Kisas best sangatx3! Patutlah boleh sampai peringkat antarabangsa ^_^
 
Bahasa arab pun HEBAT! Hari tu pasukan debat bahasa arab Kisas buat friendly dengan pasukan debat dari USIM. Wauu..Kisas VS Universiti. Masha-Allah..haza min fadhli rabbina. Alhamdulillah ala kulli hal :)


4. 1 Malaysia
1 Malaysia dalam konteks Kisas bukanlah yang menggabungkan semua bangsa dan agama dalam satu sekolah, tapi maksud NR ialah ada kepelbagaian bahasa kat sini. Suasana ni boleh dikatakan hampir takde kat Imtiaz sebab mana2 sekolah Imtiaz majoriti pelajarnya ialah orang Terengganu sebab kuotanya lebih untuk anak jati Terengganu. Jadi banyak loghat Terengganu je.
NR mula-mula dulu memang cakap KL sebab nak berpegang pada peribahasa, 'masuk kandang ayam mengokok, masuk kandang harimau mengaum'*betul ke peribahasa ni?*. Tapi, seminggu je bertahan cakap KL, lepas tu cakap Terengganu bila rasa macam lidah ni tak boleh adapt dengan bahasa KL. Kadang macam tergagap-gagap..Hahaha..orang KL jangan maroohh yee..kawan-kawan NR ramai yang kata NR cakap Ganu pekat..haha ye kee? O.o
Ada jugak diorang puji negeri Terengganu sebab keropok lekor sedap. Hahaha..negeri penyu !

I <3 TERENGGANU
Best sangat2 sebab boleh belajar banyak loghat orang lain. Kelantan, Kedah, Perak, Melaka..tak ketinggalan jugak bahasa Sabah..oh ye dalam batch NR ada sorang muslimat dari Sabah dan dia Thariqians dan sedorm dengan NR. Kelakar betul orangnya..happy-go-lucky je hehe ^_^


5. Solat Berjemaah
Musolla Siti Khadijah tu pun asing muslimin muslimat. Melainkan waktu tengahari hari sekolah dan malam hari sekolah sahaja yang campur. Kalau time muslimin takde, muslimat akan jadi Imamah..so kalau antunna tak sempat solat berjemaah dengan Imamah tu, terus ada muslimat lain yang datang ke depan untuk jadi next Imamah. Maka, saf baharu terbentuk.

Begitulah keadaan tu berlarutan sehinggalah Imamah ketiga, keempat, kelima atau keberapa sekalipun. Takde solat sorang2! Sentiasa solat berjemaah walau lewat mana sekalipun antunna solat. Setiap orang akan merasai pengalaman jadi Imamah ^_^


6. Ikhtilat
Ikhtilat antara muslimin dan muslimat kat sini sangat-sangat terjaga. Wauu, I like! <3 Muslimat takde masa nak cara hal muslimin dan begitulah juga sebaliknya..kenapa? Sebab kami sibuk belajar, takde masa nak cara benda remeh-temeh. Siap ada lagu ikhtilat yang akak senior tahun lepas reka. Best dan kreatif! Satu lagi, ada jugak Program Praktikal Ikhtilat yang dihandle oleh Form5 untuk Form4 setiap tahun. Nampak tak? Jaga ikhtilat tu perlu kepada praktikal juga, bukan hanya pada lisan semata2.


Ibrah Wa Khulasah min Hazihil Qissah
(Pengajaran & Kesimpulan daripada Cerita Ini)

1- Masa kat Kisas yang sangat padat dan tiada waktu khusus untuk murojaah Al-Qur'an membuatkan NR lebih menghargai masa bersama Al-Qur'an. NR jadi lebih sedar hakikat kekangan waktu untuk muroja'ah kalau dah bekerja nanti. Hakikatnya, ini adalah salah satu dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh semua penghafaz Al-Qur'an, whether antum dah merasainya sekarang ataupun antum bakal merasainya suatu hari nanti dalam alam pekerjaan ataupun alam rumah tangga. 

2- Pengalaman setiap orang di Kisas adalah berbeza. Namun, semua orang yang pernah menjejakkan kaki di Bumi Waqafan pastinya pernah merasai bagaimana hidup dalam suasana tarbiyah, yang mana setiap orang ada cerita suka dan duka masing-masing. Bukan semua tarbiyah tu mudah, kerana tarbiyah itu sendiri bermaksud didikan. Setiap didikan pasti bermula dengan kepayahan, tapi akhirnya sudah tentu akan menjanjikan kemanisan.

3- Amalkanlah segala apa yang antum belajar dan timba kat Kisas ni semasa berada kat dunia luar. Kisas bukanlah sekolah tempat belajar semata-mata, bahkan Kisas ialah SEKOLAH KEHIDUPAN. Sebab kat sinilah kita dapat belajar nilai-nilai Islam yang sebenar, mujahadah, persahabatan, hormat-menghormati, hargai masa, jaga solat dan banyak lagi nilai-nilai murni yang hanya diri sendiri boleh rasa manisnya.

4- Kat mana-mana sekolah pun, bila kita dah naik Form 4, waktu kita bersama rakan-rakan cuma tinggal 2 tahun je. 2 tahun tu bukannya lama kalau tolak tambah waktu kita cuti, belajar, nak fokus SPM lagi..jadi hargailah waktu ni betul2 dan mantapkan ukhuwah semantap-mantapnya. Percayalah, suatu hari nanti, zaman sekolah nilah yang kita akan rindui dan kenang.

5- Seluruh kehidupan di Kisas adalah bertunjangkan tarbiyah. Mana-mana pergi pun dapat rasa kekuatan tarbiyah kat sini. Akak-akak senior pernah cakap, kalau nak tengok baik buruknya, tinggi rendahnya Islam di Malaysia, tengok pada Kolej Islam ni.

Seperti kata-kata pengasas Kisas, Prof Zulkifli Muhammad dalam Utusan Melayu pada tanggal 25 Feb 1955(Kisas tertubuh sejak 1955, sebelum Tanah Melayu merdeka; 1957).

"Kolej ini akan menjadi sebagai satu benih yang akan menghasilkan buah di masa hadapan untuk bangsa Islam di negeri ini, dan seterusnya untuk keamanan dunia seluruhnya. Di kolej inilah terletak tinggi rendaahnya, baik buruknya dan mundur majunya agama Islam kita yang maha suci ini."

In fact, mereka cakap tarbiyah kolej Islam yang dulu lagi kuat daripada sekarang sebenarnya, sebab tarbiyah tu makin terhakis dek zaman. Dulu namanya Kolej Islam Malaya -> Kolej Islam Klang -> barulah Kolej Islam Sultan Alam Shah.


6- NR bersyukur sebab Allah hantarkan NR ke Bumi Waqafan. Ini ialah salah satu nikmat yang terbesar yang Allah bagi. NR rasa pengalaman belajar di Kisas ialah pelengkap kepada pengalaman belajar di Imtiaz Kemaman. Perjuangan NR sebagai seorang hafizah kat sini bukannya berseorangan, NR ada ramai rakan-rakan hafizah yang menyokong dari belakang.
Dorm NR ada sorang budak Imtiaz Besut dan SMISTA . Kelas NR pun ada sorang budak Imtiaz Q-Ber(Kuala Berang). Tak sangka, NR pernah bertemu dengan dia waktu Larian Perdana Imtiaz 2015 dulu. Allah mempertemukan lagi kami kat Kisas..hehe :) Kecilnya dunia ni.. ^_^
Kalau diizinkan Allah, antum cubalah berkampung kat Kisas ni. Satu hari satu malam je dah cukup untuk ubah expectation antum pada Kisas. In shaa Allah..
Wa akhiran, arju lakum an ta'khuzu ibratan min hazihil qissah.
(Dan akhirnya, saya berharap kamu semua dapat mengambil pengajaran daripada cerita ini)

Lepas ni, waktu bersama blog mungkin akan menjadi lebih terhad dan singkat. Sebab Kisas hanya ada balik wajib, takde balik pilihan macam kat Imtiaz. So 8 kali je kot balik setahun. Mungkin blog akan jadi bersawang sikitlah..

In shaa Allah, biiznillah, kita akan berjumpa lagi dalam entry seterusnya.
Syukran jazilan.
Assalamualaikum :)





Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

18 yang memberi respon :

Unknown said...

Assalamualaikum , Ya ukhti .
Jazakillahu khairan kathira atas perkongsian tentang kehidupan di KISAS .
Subhanallah. sungguh ! Sistem KISAS adalah terbaik bagi melahirkan generasi rabbani yang profesional . Ana teruja dgn cerita enti . Banyak memberi ibrah walaupun ana tidak bersekolah di KISAS. Teruskan sebar kebaikan , dakwah dan tarbiyah . Insha allah :)

Mr. Doctor said...

Dulu masa sekolah selalu teringin nak belajar sini.. Kira paling top la sekolah agama kat Malaysia.. Tapi takdak rezki.. Takpa la at least I survived school.. Huhu

Aishah saidi said...

Assalamualaikum ukhti..Ana muda setahun saje dari ukhti..Ana bercita-cita nak masuk sekolah nie...boleh ana tahu kelayakan dia? Ana dari maahad sas jengka pahang..

Aishah saidi said...

Assalamualaikum ukhti..masyaallah..ana pun nak masuk KISAS..tapi apa ya kelayakannya? Ana form3..tgh tunggu result nieyh,,

Aishah saidi said...

Assalamualaikum ukhti..masyaallah..ana pun nak masuk KISAS..tapi apa ya kelayakannya? Ana form3..tgh tunggu result nieyh,,

Aishah saidi said...

Assalamualaikum ukhti..masyaallah..ana pun nak masuk KISAS..tapi apa ya kelayakannya? Ana form3..tgh tunggu result nieyh,,

Miss NR said...

@Siti Aishah Abdullah SaidiWaalaikumussalam Aishah. Alhamdulillah enti ada cita-cita nak masuk Kisas. Kalau tahun 2015, Kisas cuma ambik pelajar yang dapat 11A PT3 kalau memohon untuk aliran Sains Tulen Agama. Tapi kalau mohon aliran Agama Ikhtisas(Account), 9A pun dia ambik lagi. Tapi untuk tahun 2016 ni, akak pun tak pasti kelayakannya still sama atau tak. Untuk markah Koko tu lebih kurang sama macam nak mohon sekolah lain. Enti kena mohon Kisas dekat borang permohonan online SBP ye :) Bittaufiq wannajah!

Unknown said...

assalamualaikum ukhti...doakan sye masuk U! hehehe ana batch 97

Asyiqin Razak said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya, sekarang kalau masuk kisas ambil aliran sains tulen (agama), subjek apa yang akan diambil? Yang teras dan elektif. Tolong bagitau ye. Tq.

Asyiqin Razak said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya, sekarang kalau masuk kisas ambil aliran sains tulen (agama), subjek apa yang akan diambil? Yang teras dan elektif. Tolong bagitau ye. Tq.

Miss NR said...

@Asy 942 Waalaikumussalam :) Kalau ambik sains, subjek teras(means subjek yg akan sama dgn budak akaun/agama ikhtisas) ialah : BM, BI, SEJARAH, ADD MATHS, MATHS MODERN, P. QURAN SUNNAH, P. SYARIAH ISLAMIYAH dgn BAHASA ARAB.

Subjek elektifnya ialah BIO, FIZIK, KIMIA.

Subjek elektif untuk budak akaun/agama ikhtisas ialah EKONOMI, PRINSIP PERAKAUNAN, SAINS.

Abu Nur said...

Coretan blog yang menarik, anak saya dapat tawaran ke KISAS, kena daftar 7 March 2018, tapi terpaksa menolak sebab dah masuk MSRM. Rutin harian 80% sama.

Unknown said...

Bestttt

AishahDeeja_ said...

Assalamualaikum ukhti...ana nak tanya waktu balik kampung di kisas ni dua minggu sekali atau sebulan sekali??

Miss NR said...

@AishahDeeja_Waalaikumussalam ukhti, maaf lama menyepi. Balik cuti Kisas depends pada cuti panjang dlm kalendar sekolah - cth Cuti Aidilfitri, cuti penggal etc. Dua minggu sekali tu tiada dalam cuti balik, kita bercuti di Kisas sahaja >_<

Unknown said...

asalamualaikum..terima kasih atas perkonsian ilmu.saya suka semua ast but fav is the timeyable satu hari tuuu...really love that...soo hope you can upload another blog about kisas because i really interest about this school...im a 14 now and hope to be there doakan sayaa....i hope you can do some vlog about kisas...it make more fun to see ....sekian

Unknown said...

saya nak yanya,kat kisas ada kelas quran tak

Fly high, achieve your dreams, بإذن الله .. said...

hi assalamualaikum ukhti, ana student kisas juga, generasi 68 form 4 tahun ni, ana rasa sedih sebab ana baru faham erti tarbiah yang semakin lama terhakis dek zaman. ana faham sekolah sedang cuba untuk kembalikan biah solehah seperti dahulu kerana dunia baru memasuki fasa endemik. cuma ana sedih lepas baca blog ukhti, ana tersedar yang biah solehah semakin longgar tidak seperti dulu. apa yang ana rasa berat untuk ana bawa selama ini di kisas rupanya baru secebis berbanding dengan biah pada zaman ukhti. peraturan semakin longgar, jadual tidak pack seperti dulu, tetapi para penghuninya masih lagi tidak bersyukur. permintaan ana untuk ukhti, tolong doakan kami warga bumi waqafan untuk terus istiqamah dalam proses menjadi helang yang menguasai seantero langit inshaa allah.