Assalamualaikum W.B.T. Hari ni NR nak kongsi jenama kismis dan kurma yang diedarkan kepada negara Islam yang pengeluar sebenarnya adalah orang Yahudi.
Pernah makan kismis jenama ni???
NR rasa kebanyakan orang PERNAH MAKAN kismis ni. Mungkin tak ramai lagi yang tahu tentang keburukan kismis ni, sebab apa? Sebab :-
Ia dijual dengan murah( around RM1 sekotak )
Senang didapati (dijual di kebanyakan kedai, pasaraya, hypermarket etc. )
Praktikal sebab dipek dalam kotak yang kecik
Biasanya budak2 sekolah bawak sekotak kismis ni ke sekolah setiap hari
Kismis ini adalah berasal dari California, U.S. yang mana kita sudah ketahui salah satu negara Yahudi yang sangat membenci Islam. Kismis ini sebenarnya adalah lebihan-lebihan kismis yang telah rosak dan kemudiannya dihantar ke semua negara-negara Islam di seluruh dunia. Kismis tersebut melalui satu proses supaya kismis yang rosak kelihatan cantik. Makanan yang rosak akan memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman makanan dalam badan.
Maka, kismis yang paling baik dan segar dibungkus dalam bungkusan yang berlainan dan dibekalkan kepada orang-orang Yahudi, sementara yang rosak dibekalkan kepada negara Islam. Jadi, BERHATI-HATILAH kepada semua yang suka makan kismis. Lebih2 lagi student yang memang digalakkan makan makanan minda seperti kismis.
Video ni bersambung dengan topik Roh. Topik tentang Penipuan Yahudi bermula pada minit 11:50. Dan bukti tentang penipuan Yahudi melalui makanan, iaitu salah satunya melalui kismis jenama Ligo bermula pada minit 39:10.
Tapi NR nasihatkan anda dengar video ni start daripada awal lah..tak salahkan tambah ilmu agama tentang roh. Ilmu tentang roh tu kan tuntutan fardhu ain. Tak salah KAN?
Selain tu, bukti yang mengukuhkan lagi tentang kismis ni adalah kismis yang paling buruk, boleh tengok kat sini :-
*Aduan tentang ulat yang terdapat dalam kotak kismis Ligo*
Selain tu, terdapat juga kurma keluaran negara Israel yang juga dihantar ke negara2 Islam.
Antaranya ialah jenama Jordan River.
Walaupun kurma ini didatangkan dengan kotak yang dicetak Jordan River, namun ia bukanlah dari Jordan tetapi dihasilkan dari Israel Laknatullah! Kurma ini telah diimport serta dikotakkan di Singapura dan diedarkan di pasaran Malaysia.
Kurma ini telah ditanam di suatu kawasan luas di bahagian timur Israel yang bersempadanan dengan Negara Palestin dan dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya serta ramai pekerjanya yang juga berbangsa yahudi.
Hasil jualan kurma kurma ini akan disalurkan kepada tabung pertubuhan pertubuhan Yahudi. Pendedahan ini telah dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
*Sudah terang-terangan PRODUCT OF ISRAEL!!*
NR dapat maklumat tentang kurma Israel ni dari sumber :-
Nasihat NR yang terakhir, mungkin kita tak tahu kesahihan semua maklumat ni 100%. Tapi sebagai umat Islam, bila kita dah terima berita ni, kita sendiri dah boleh beza mana satu jenama yang elok dan mana satu yang tak elok. Bila dah terpalit berita sebegini pada jenama2 yang disebutkan di atas, SEELOKNYA KITA TINGGALKAN PERKARA YANG SYUBHAH kerana ada banyak lagi alternatif jenama lain, kan?
Contohnya Kismis Tok Guru, Kurma Yusuf Taiyoob.
Dari Abu Abdillah an–Nu’man bin Basyir radhiallahu‘anhu beliau berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara syubhah(samar, belum jelas) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka barangsiapa yang menjaga(dirinya) dari syubhah, ia telah berlepas diri(demi keselamatan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, ia pun terjerumus ke dalam(hal-hal yang) haram. Bagaikan seorang penggembala yang menggembalakan haiwan ternakannya di sekitar kawasan terlarang, maka hampir-hampir(dikhawatirkan) akan memasukinya. Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa(raja) memiliki kawasan terlarang. Ketahuilah, sesungguhnya kawasan terlarang Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging. Apabila segumpal daging tersebut baik, baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila segumpal daging tersebut buruk, buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati.”
Who knows, Kisas will be some kind of my starting point of being hijrah-ing. Oh no..it's not because of Kisas mainly actually..but its because of Allah's plan. Well, maybe, it can be the hikmah of doing istikharah too. Alhamdulillah, Allah had shown the best place for me.
But, I'm not saying that Imtiaz Kemaman is not good enough for me, but maybe the best place for me at this time being is Kisas. Yaah..I'm so grateful of given the chance to study in Imtiaz Kemaman before..although it's only 3 years and 2 month..not 5 years like other Imtiazians! Huhu..
I'm really really grateful of given chance to study there because in I-Kem, I've got to experience the hardship to remember Al-Qur'an, how I must put a lot of effort to remember it, beat my lazyness and sleepiness in musolla, close bond with ustazah tasmi' and teachers, heavenly dorm with eight sporting dorm-mates, and the main point is, I've got the chance to experience ukhuwah! And this point surely I dedicate to my own batch, Triggerzeit!
I always miss the memories with my friends. I felt the ukhuwah was really strong 'cos we are only 55 members. How little it is! 32 banat and 23 banin..such a unique number, right? Well, I don't know whether Triggerzeit still remember me and the other members who have move away. Looks like we have been disposed of their memories.
Hmm..well, it only remains 39 members now. It's became even lesser than before! Your bond must be even stronger, right? I miss the memories of Triggerzeit so much. Sometimes I will cry as looking at our past photos...Kem PT3, Kem BAK, Triggerzeit Grand Dinner, Sambutan Raya, and so on. It was uncountable! Pleasee, don't forget us here, and please, do invite us for batch occasions or event! How could you guys forget us and did not invite us for the trip to Perak recently? Oh my goodness! Well, maybe it was the first and last mistake you guys do to us, the 'ex-members'.
This post is not about Triggerzeit actually, but it's about my starting point of hijrah in Kisas. Well, the early time of being in Kisas was just normal...being happy with new friends. But it change 360 degree after I met a senior! She might looks ordinary if you don't know her, but she has something that's not everybody have. It's AKHLAK. You will 'see' this when you make friend with her.
Sure, her akhlak is very very good that when you are looking at her, looking her making good things, you feel of want to do good things too..you will feel calm even by looking at her face. Yeah..she's a very good person..enviously, she makes everyone around her feel comfort of her, whether it comes to her friends or her juniors. I can't story more about her here, because I'm afraid soon it'll be revealed who this person is. I'm always stalking her, yeah because I want to follow her akhlak. But I didn't tell her even once that she is my idol..hahaha.
Well, doesn't it make sense? I never experienced before of how someone in my life could be my reason of starting point of hijrah. Again, actually it's because Allah's plan and His hidayah..absolutely. But it was shown to me by someone who I didn't ever get to know before.
Hijrah is a sacrifice, and it is our choice, whether we want to take the way or not.
People say, hijrah is hard. But I say, sure, hijrah is hard, but, to istiqamah in hijrah is even harder!
Ya Allah, gives me strength to stay istiqamah in this way of hijrah!
Hari ni NR rasa terpanggil untuk post pasal bulan Ramadhan. Memandangkan 2 hari lagi kita akan menyambut tetamu kita yang teristimewa dan paling kita rindui, jadi NR nak share pasal
Ramadhan | Perspektif dan Persediaan.
"Perspektif? Mengapa Perspektif? Apa itu Perspektif?"
Usah ditanya apa makna perspektif...sebab NR bukan nak sentuh pasal perkataan perspektif, tapi NR nak share pasal keistimewaan Bulan Ramadhan, yang mana ia dapat mengubah perspektif iaitu cara pandang kita terhadap sesuatu.
Macam mana bulan Ramadhan boleh mengubah cara saya pandang sesuatu??
Baiklah 'thullab' sekalian, hayya nabda'!(Mari kita mulakan)
Baru-baru ni, 27/5/2016 , sebelum balik bercuti penggal, kami para pelajar Kisas menghadiri program ceramah di Musolla Saidatina Khadijah yang dipresent oleh Alkis sendiri. Apa itu Alkis? Alkis stands for Alumni Kisas ^_^ Beliau merupakan seorang motivator terkenal dan ada syarikat konsultan sendiri. NR sangat kagum dengan pencapaian beliau.
Tajuk ceramahnya sangat menarik dan memang 'kena' dengan post kali ni..;
MADRASAH RAMADHAN : Puasa Benteng Penguasaan Nafsu Ke Arah Mencapai Taqwa
By : Encik Sya'ari
NR pun memang nak share point2 yang NR dapat waktu ceramah tu kat sini..hehe :D
Moga bermanfaat untuk antum semua :)
"Bagaimana kamu memandang sesuatu, begitulah yang kamu akan dapat"
That's the muqaddimah.
Cuba tengok gambar kat bawah ni :
Apa antum nampak?
Nampak LAUT kan?
Baiklah, begini ceritanya...
Ada tiga sekawan yang berjumpa semula setelah 10 tahun tidak berjumpa. Masing-masing dengan kerjaya yang bagus. Mereka bercerita dan berbual tentang cerita2 zaman sekolah dulu sambil memandang ke laut yang terbentang luas di hadapan mereka.
Seorang kerja sebagai jurutera di pelantar minyak.
Seorang kerja sebagai pengurus hotel.
Seorang lagi kerja sebagai nelayan.
Oh rilek-rilek ye semua..NR bukan nak suruh banding kerjaya mana yg lagi bagus..
Kita tengok macam mana perspektif atau cara pandang 3 orang ni terhadap laut di depan mereka :-
Si jurutera fikir,
'Dalam laut ni mesti ada banyak petroleum. Aku kena kerahkan pekerja aku untuk gali minyak kat sini..'
Si pengurus hotel fikir,
'Laut ni sungguh cantik. Rasanya elok juga kalau aku bina hotel atas laut ini..'
Si nelayan pula fikir,
'Dalam laut ni mesti ada banyak ikan. Aku kena tangkap ikan kat sini..'
Nampak tak perbezaan perspektif mereka bertiga? Ketiga-tiganya ada perspektif yang berbeza terhadap laut yang sama..dan perspektif mereka tak salah!
Tapi, apa kaitan laut ni dengan bulan Ramadhan?
PERSPEKTIF.
Yes, that's the point.
Apa perspektif kita terhadap bulan Ramadhan?
Adakah kita hanya memandang bulan ni sebagai bulan untuk berpuasa? Bulan untuk buat persiapan raya? Bulan untuk buat biskut macam-macam perisa? Bulan untuk tidur pada siangnya dan makan banyak-banyak pada malamnya?
Oh nononono...
RAMADHAN BUKANLAH BULAN PUASA SEMATA-MATA!
TAPI BULAN RAMADHAN IALAH ;;
1) BULAN DITURUNKAN AL-QUR'AN
2) BULAN KEMENANGAN ISLAM DALAM PERANG BADAR
3) BULAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH OLEH PEMERINTAHAN ISLAM
4) BULAN BERLAKUNYA MALAM LAILATUL QADAR
Banyak keistimewaan bulan Ramadhan sebenarnya..bahkan keistimewaannya lebih daripada itu!
Jadi, jangan pandang Al-Qur'an sebagai BULAN PUASA SEMATA-MATA!
Okey kawan-kawan? ^_^
Let's move to the next chapter, PERSEDIAAN !
Apa persediaan yang antum dah buat?
Islah(perbaiki) diri kita sebelum Ramadhan tiba lagi...supaya bulan Ramadhan kali ni tak jadi sia-sia begitu sahaja. Semoga Ramadhan kali ni dapat kita manfaatkan sebaiknya untuk buat amal soleh banyak-banyak.
In shaa Allahu Ta'ala.
NR nak share satu gambar yang in shaa Allah dapat jadi tips untuk persediaan kita islah diri untuk hadapi bulan Ramadhan.
Credit to Encik Google.com
Akhir kata, NR nak mengucapkan, selamat menyambut bulan Ramadhan dan BERAMAL SOLEH padanya.
Ingat, PUASA mendidik kita untuk BERISTIQAMAH dalam KETAQWAAN sehingga 11 bulan seterusnya, bukan hanya di bulan RAMADHAN semata-mata!
لا تكونواْ رمضانيّون ولكن كونواْ رباّ نيّون
Maksudnya : Jangan jadi hamba Ramadhan, tetapi jadilah hamba Tuhan(Allah).
Entry ini ditulis dengan qalbun mutmainnah(hati yang tenang).
Allahu..sebulan duduk di Kisas setelah mendaftarkan diri pada 14 Februari 2016 baru-baru ni,, begitu mengajar diri ni banyak perkara.
Sesungguhnya, Islam itu agama yang syumul dan menyuluruh.
Nyata, Kisas telah memperkenalkan bagaimana syumulnya Islam itu.
Mulanya, NR ada jugak rasa takut nak tinggalkan Imtiaz Kemaman dan masuk Kisas walaupun NR percaya jawapan istikharah daripada Allah itulah yang terbaik untuk NR. Sebabnya satu..Kisas bukan sekolah tahfiz.
Jadi NR takut kalau NR akan berubah jadi seorang yang teruk ataupun lupa Al-Qur'an bila dah pindah Kisas. Tapi, expectation tu ternyata meleset 360 darjah. MELESET SAMA SEKALI.
Sebab, ternyata tarbiyah dan biah solehah dekat Kisas tu jauh lebih hebat. Even kawan-kawan NR daripada Imtiaz Kemaman mahupun Imtiaz yang lain(Imtiaz Q-Ber, Imtiaz Dungun & Imtiaz Besut), bahkan sekolah tahfiz yang lain pun cakap biah solehah di Kisas jauh lebih hebat.
Apa yang hebatnya Kisas??
Meh NR cerita start daripada awal-awal daftar Kisas.
Pagi Isnin tu, NR bersiap awal pagi untuk pergi daftar sebab takut jalan jammed.
Breakfast dulu kat luar barulah melangkah masuk ke Kisas.
NR mengitari seluruh bangunan Kisas. Bangunan dia nampak macam lama ataupun senang kata 'vintage'. Terdetik dalam hati, 'Wasatiyyah(sederhana) betul Kisas ni. Ni ke salah satu rahsia kejayaan pelajar2 Kisas?'.
Tengok dekat board depan Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin dan ditakdirkan NR, Maisarah & Fatimah kelas lain2. Redha. Mungkin Allah nak luaskan lagi medan silaturahim untuk berkenal-kenalan dengan saudara Islam yang lain...mesti ada hikmahnya.
Kelas kat sini ada nama masing-masing berdasarkan nama tokoh-tokoh Islam selain guna nombor kelas. Macam kelas NR namanya Al-Kindi. Tapi biasanya orang panggil nombor kelas je, lagi senang.
Form 4 kena masuk dewan tanpa ibu bapa dan penjaga. Sebab nak didik kami supaya berdikari. Semua urusan pendaftaran perlu diuruskan sendiri.
Apa yang menariknya, bila masuk dewan, akan ada akak2 senior Form 5 yang akan guide kita start daripada daftar hinggalah ke asrama. Akak-akak ni dipanggil CS(College Sister). Mereka sangat ramah, seriously!!
Tahu tak, Kisas ni guna Sistem Rumah?
Ada empat buah rumah; Thariq(Hijau), Khalid(Biru), Omar(Merah) dan Ali(Kuning).
Semua markah merit yang berdasarkan Akademik, Kokurikulum, Sahsiah dan 3K para pelajar akan disumbangkan kepada rumah masing-masing. Markah terkumpul yang paling banyak akhir tahun nanti akan menentukan siapa juara rumah bagi tahun tersebut.
So setiap pelajar bertanggungjawab untuk menaikkan markah rumah masing-masing.
Oh ye, kalau dekat Imtiaz Kemaman dulu, lelaki dipanggil banin & perempuan dipanggil banat. Kat sini lelaki dipanggil muslimin dan perempuan ialah muslimat. Kadang2 kalau malas nak sebut, kami panggil 'min' dengan 'mat' je. Hehehe.. ^_^
Waktu masuk dewan tu, first2 sekali NR diberi kertas warna hijau oleh cikgu. NR tahu yang kertas hijau tu symbolizes Rumah Thariq..apapun bersyukurlah dapat Rumah Thariq, sebab warna hijau memang favourite kan..hehehe :D
Usai daftar itu dan ini, terserempak dengan Fatimah waktu taklimat.
Tanyalah dia rumah apa..nampaknya Fatimah rumah Khalid, Maisarah rumah Ali. Aduhai, tadi lain kelas, sekarang lain rumah pulak. Huhuhu..-_-"
Muslimat punya asrama pelik sikit bagi NR, sebab dia gabung dua rumah dalam satu blok.
Thariq & Khalid dalam satu blok | Omar & Ali dalam satu blok
Kalau asrama Muslimin, setiap rumah ada blok masing-masing(warna blok ikut warna rumah) dan duduk dalam bilik, bukannya dorm. Maksimum sebilik 4 orang dan minimum 2 orang sahaja. Terletak di luar kawasan sekolah dan kena naik jejantas.
NR ingatkan asrama muslimat macam tu jugak, so hari first tu sesat sebab nak cari blok warna hijau yang resemble rumah Thariq! Haha kesiannye saya...
*Ni rupa dorm Khalid. Thariq pun samalah. Cadar, selimut dan sarung bantal ikut warna rumah ye adik2..Tapi sekarang guna locker besi 2 pintu*
Siap angkat barang semua, tibalah waktu untuk abah tinggalkan anak perempuan dia ni untuk menimba ilmu dan bermujahadah di Bumi Waqafan. Sedih? Mestilah! Nangis? Mestilah!
Tapi abah cakap.."Bihah, kuatkan diri tu. Duduk kat sini tak lama pun, dua tahun je. Dua tahun tu sekejap sangat. Kata nak gi belajar oversea, tapi duduk dalam Malaysia pun nangis2..macam mana nak gi belajar jauh ni?"
Gulp! Sentappp..be strong Wanna! Be strong!
Maka, setelah bersalaman dengan abah, NR mendaki anak tangga ke tingkat paling atas. Kalau tiap-tiap hari naik tingkat 3 ni, boleh turun berat badanku rasanya..
Aduhh..air mata keluar mencurah-curah lagi. Hati menjerit, ABAH, NAK BALIK!!
Tak pernah sekolah jauh gini!
Jalan pi tandas nak basuh muka..terserempak dengan akak F5 yang tengah jemur kain.
Dia perasan NR nangis, pastu dia tegur, "Dik, kenapa nangis ni? Janganlah sedih-sedih. Kitorang semua ada untuk teman adik..jangan nangis2 ea."
Wah..!! Caringnye kakak senior kat sini! Rasa sangat dihargai...waduhx2!
Percaya tak, kat Kisas ni, takde pun istilah SENIORITY dan buli-membuli. Silalah percaya!
*Akak yang tegur NR tu dah jadi AS @ Adopted Sister NR. Hahaha..we have been fated to! Lepas ni NR akan cerita pasal tradisi AS kat Kisas ye!*
Petang tu, pukul 6.30 petang, semua aspuri wajib berada kat DM(Dewan Makan). Diulangi, SEMUA. Whether antunna nak makan, tak nak makan, ada selera, takde selera, antunna WAJIB berada di DM paling lewat pukul 6.35 petang.Nama yang lewat turun akan diambil pada pukul 6.36 petang dan akan merit markah rumah. Kat Imtiaz dulu, makan malam ialah pilihan masing2.
Start daripada waktu makan nilah, NR mula dapat rasa serba sedikit daripada 6 Unique Things in Kisas. Apa dia 6 Unique Things tu?
T - Tarbiah
T - Teachers
F - Friends
B - Biah Solehah
U - Ukhuwwah
U - Usrah
Sementara tunggu ambik makanan, semua muslimat samada yang dah duduk atau masih beratur akan selawat + nasyid + qasidah sama-sama tanpa perlu disuruh pun. Masa menunggu pun tak terbazir macam tu je, kan? Sungguh, ini antara biah solehah yang mula-mula NR dapat rasa kat sini.
Antara selawat dan nasyid yang famous kat Kisas :-
Lagi yang menarik, lepas makan kometri akan umum rumah yang first second third fourth yang akan bangun pada hari tu. Waktu nak bangun tu, ada 3 Perkara yang Perlu Dijaga; bunyi kerusi, bunyi pinggan dan bunyi suara. Tak boleh ada bunyi walau sikit pun ! Kalau tak rumah tu kena duduk semula.
Awal2 memang rasa susah, tapi lama2 mesti boleh adapt dengan biah(suasana) tu.
Tapi, apa rasionalnya jaga 3 perkara kat DM ni ye?
Ini rasionalnya :-
1- Mengelakkan orang yang stres belajar jadi bertambah-tambah stres bila dengar bunyi suara, kerusi dan pinggan yang 'sabung-menyabung', kalau katakanlah takde peraturan macam ni.
2- Mendidik diri untuk jadi muslimah yang lebih bersopan dengan menjaga kebisingan semasa dan selepas makan.
3- Syaitan suka pada kebisingan, jadi elakkanlah menjadi bising tak bertempat. Melainkan bising pada perkara dakwah dan mahmudah, ha yang itu digalakkan.
Orientasi Form 4 berjalan selama 2 minggu berdasarkan Modul SBP.
Batch kami ialah generasi yang ke-62 Kisas.
Penat orientasi tak terluah dan tak tergambar....tapi kata akak fasi pada kami, "Kalau berjuang kat Kisas pun penat, macam mana nak berjuang tegakkan Islam kat dunia luar??"
#Deep..
Kakak NR pernah cakap, waktu kat Kisas ni padat sangat-sangat berdasarkan experience dia kat sini. Tapi NR cakap, waktu kat Imtiaz pun padat jugak. Sebab Kisas dengan Imtiaz, dua-dua ada 2 sesi persekolahan, sesi pagi dan petang.
Waktu tu NR belum rasa lagi..tapi lepas NR alami sendiri hidup kat Kisas, barulah NR sedar apa yang kakak NR cakap tu memang betul! Tapi sebenarnya, waktu di Kisas dirasakan padat, sebab waktu tu dirasakan 'penuh' sebab pelajar-pelajarnya sentiasa kejar masa untuk menimba ilmu dan buat perkara-perkara berfaedah.
Kita takkan jumpa budaya lenggang kangkung kat sini, semua orang jalan laju je. Imma muslimin wa imma muslimat. Lagipun berjalan laju tu memang sunnah Rasulullah.
Sampai suatu tahap yang 'kepelikan' sangat sebab suasana begini takde kat Imtiaz Kemaman, NR tanya sorang senior Thariq ni,
"Akak, budak2 Kisas ni tak penat ke? Saya tengok semua orang kat sini macam sikiit sangat berehat. Time cuti pun macam tak cuti. Semua sibuk study."
Akak tu pun jawab,
"Akak pun kadang ada jugak rasa macam tu. Cuma pada pendapat akak, kita ni memang datang sini nak belajar, so takde alasan penatlah, nak rehatlah. Bukannya kita tak boleh rehat langsung. Tapi waktu tidur tu kita kenalah tidur betul2. Lagipun, memang sepatutnya kita ni orang Islam kena kurangkan tidur pun. Bila kita dah terbiasa kejar masa, sebenarnya kita akan jadi lebih pandai guna masa berbanding orang lain yang ada banyak waktu rehat."
Sekarang, NR nak cerita jadual hidup pelajar Kisas start daripada bangun pagi sampai lah tidur malamnya.
5.30 pagi - Bangun pergi mandi. Kalau tak nak beratur panjang/nak solat Tahajjud/nak study, bangunlah pukul 5.00 pagi ye kawan2..
6.10 pagi - Pergi ke Musolla Siti Khadijah untuk solat Subuh berjemaah. Kat sini takde budaya solat dalam bilik ataupun "musollik". Kalau turun lambat, nama akan diambil oleh ahli JAKSA. Apa itu JAKSA? JAKSA ialah Jawatankuasa Solat Awal. Nama akan start diambil lepas habis azan "Laailahaillallah". Macam biasa, kalau nama kena ambik, markah rumah akan ditolak. Oh ye, JAKSA ialah salah satu keunikan Kisas yg takde kat sekolah lain.
6.30 pagi - Waktu ini fleksibel berdasarkan masuk waktu Subuh pagi tu. Lepas habis solat Subuh, pergi ambik breakfast ataupun naik dorm semula kalau tak sempat nak tegangkan cadar atau kemas apa yang patut.
7.00 pagi - Semua pelajar bergerak ke COE(Centre Of Excellence) untuk perhimpunan pagi. Kalau perhimpunan rasmi hari Isnin akan dibuat dekat Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin. Sebelum mula perhimpunan, kami akan baca Asmaul Husna dan Al-Ma'thurat dulu. Macam yang NR cakap tadi, Kisas sangat menjaga amalan bacaan Al-Ma'thurat ni, samada pagi atau petang.
7.40 pagi - Masuk ke kelas untuk sesi pagi. Sela waktu rehat pukul 10.25 pagi.
Waktu tengahari, keluar dari kelas sekejap untuk makan tengahari dan solat Zohor berjemaah. Lepas tu, masuk ke kelas semula untuk sesi petang.
3.30 petang - Sesi petang habis. Tapi belum boleh balik asrama lagi ye, sebab akan disambung dengan Kelas Tambahan Wajib ataupun kami panggil KTW supaya pendek sikit namanya. Waktu KTW ni, samada cikgu nak buat kelas kat DUA(Dewan Ulul Albab)/DB/kelas ataupun pelajar2 study sendiri dan siapkan homework dalam kelas.
*Dewan Ulul Albab (DUA) *
*Tempat untuk kuliah/meeting/ceramah selain dewan besar.
Lebih kurang macam dewan kuliah kat Imtiaz Besut, tapi dewan I-Best lagi besar.*
4.30 petang - Habis sesi petang, pelajar bergerak ke musolla untuk solat Asar berjemaah. Waktu habis sekolah kat sini, 4.30 petang sama je dengan Imtiaz dulu, cuma bezanya kat sini takde Qailullah(tidur tengahari), tapi Imtiaz ada.
5.00 petang - Habis solat Asar berjemaah, ada yang naik dorm study, ada yang bersukan kat court, basuh baju dan sebagainya. Yang pasti, dalam waktu ni kena bersiap-siap untuk turun DM pukul 6.30 petang nanti. Jarang nampak orang tidur petang kat Kisas ni. Sebab ramai yang akan study dan study..
6.35 petang - Semua pelajar dah berada di DM dan ambik makanan. Bacaan Al-Ma'thurat berjemaah, doa makan dan lepas tu bolehlah menjamu selera.
7. 00 malam - Habis makan, kometri akan umumkan rumah yang akan bangun dulu hari tu. Lepas tu, pelajar bergerak ke Musolla Siti Khadijah untuk solat Maghrib berjemaah. Sebelum tunggu azan dan solat, semua pelajar akan baca Al-Qur'an. Takde jumpa "halaqah swasta" yang bergosip bagai kat dalam musolla ni.
7.20 malam - Waktu ni fleksibel berdasarkan masuk waktu solat Maghrib. Solat Maghrib berjemaah then solat sunat ba'diyyah. Lepas tu, setiap malam akan ada pelbagai pengisian. SETIAP MALAM. Samada tazkirah, ceramah, belajar tajwid, tarannum dan sebagainya. *So bila ana boleh mengulang Al-Qur'an??!*
8.45 malam - Masuk waktu Isyak, kami solat Isyak berjemaah.
9.00 malam - Semua pelajar bergegas ke kelas prep. Muslimin dan muslimat prep blok lain-lain. Muslimin guna blok yang menempatkan kelas 401 - 405 manakala muslimat guna blok kelas 406 - 412.
10.45 malam - Habis prep, semua pelajar pulang ke asrama dengan muka ngantuk ada, moody ada, mendung ada..macam-macam mukalah ada. Maklumlah, tak tidur dari pagi. Ada yang terus naik dorm dan ada yang minum malam dulu. Duduk kat sini, perkara biasalah kalau rasa lapar. Minum malam tu ramai je orang pergi even mengantuk pun..sebab tu kantin pun laku je semua barangnya.(Kalau kat Imtiaz, bukan panggil kantin, tapi kafe). Lepas tu, semua bergegas pulak naik dorm sebab nak kejar bacaan Al-Mulk.
11.35 malam - Semua muslimat samada yang tengah study, gosok baju, basuh baju, atau di mana-mana jua mereka berada, by hook or by crook kena ada dalam dorm untuk liqa' Al-Mulk. Lepas tu, emcee liqa' malam tu akan bagi tazkirah/teguran/cerita..ikut suka hati.
12.00 malam - WAJIB light off dorm. Kalau lambat light off, akan ada orang jerit,
"Thariq aras 3!! Light off dorm!"<--Contohnya. Degil tak nak light off?? Merit akan dikenakan..buatlah kalau nak kena potong markah rumah ye.
Waktu ni, muslimat yang belum sempat siapkan homework, akan berjalan dalam dua situasi; samada berjalan dengan penuh bersemangat ataupun penuh mengantuk ke bilik study yang terletak di hujung aras. Matlamatnya satu! Nak siapkan homework yang cikgu bagi.
Kadang ada yang habis stay up pukul 1/2 pagi, malah ada yang tertidur terus sampai 5.30 pagi kat bilik study tu dengan kepala terlentok atas meja ataupun tidur atas tikar RM10 dalam bilik tu sementara yang lain nyenyak tidur atas katil empuk dalam dorm. Keadaan ni normal ye kawan2 sekalian..maka tak hairanlah kalau kami qada' tidur kat rumah. Hehehe :D
Pernah NR tanya kak senior, "Kak, kenapa saya tengok akak2 senior kat sini sanggup stay up buat kerja sekolah sampai lewat malam eh? Sampai ada yang tertidur dalam bilik study?"
Akak tu jawab, "Kerja sekolah yang cikgu bagi tu satu amanah. Kalau tak siap, mesti cikgu terasa. Seboleh-bolehnya, duduk kat sini, janganlah buat cikgu terasa, jaga hati cikgu betul-betul,. Takut nanti tak berkat ilmu. Kalau ilmu tak berkat, study hard macam manapun, takde guna jugak."
#DeepSekaliLagi..
Begitulah jadual persekolahan para pelajar Kisas. Tapi tu untuk hari sekolah ye..weekend lain pulak ceritanya.
5.30 pagi - Bangun pagi, macam hari-hari lain, jadual still sama. Mandi. Solat Subuh, Al-Ma'thurat, breakfast etc.
8.30 pagi - Semua pelajar kena kosongkan asrama dan bergerak ke bilik prep untuk prep pagi. Waktu ni, persediaan mental dan fizikal sangatlah penting, kerana...prep pagi ni berlangsung selama 4 jam. Yes, 4 JAM!
Tempoh waktu yang sangat lama tanpa sela waktu rehat pun. Bukannya takde rehat...ada, pukul 10.30 pagi. Cuma tak rasa nak rehat..'coz we have fall into the passion of studying! Hahaha..Waktu nilah semua pelajar pulun habis-habisan nak siapkan homework yang cikgu bagi. Waktu 4 jam tu sangatlah lama ye kawan-kawan..kalau difikirkan logik, semua kerja sekolah dah boleh siap dalam waktu tu, in shaa Allah kalau tak disertakan dengan tidur dan sembang-sembang.
Normal lah kalau ada pelajar yang tertidur waktu ni sebab asyik duk ngadap buku je. Sebab tulah malam sebelumnya lebih baik tidur awal je, tak payah stay up sebab esoknya waktu prep saaaangatlah lama.
12.30 t/hari - Tamatlah sudah prep pagi Sabtu. Semua pelajar bergerak ke DM untuk makan tengahari. Oh ye, DM asing ye muslimin muslimat, kecuali untuk makan tengahari hari sekolah je, sebab nak jimatkan masa Muslimin daripada naik jejantas kot. Time weekend ni memang muslimin-free.
Lepas makan tengahari tu, aktiviti bebas sampailah 6.30 petang.
Study
Basuh baju
Qailullah
Gosok baju
Bersukan
Makan dekat kantin
Atau suka hati antunnalah nak buat apa pun..
6.30 petang sila turun DM macam biasa.
Malam tu, lepas habis Solat Isyak berjemaah, kalau takde apa2 perjumpaan atau Program Badar Muslimat, semua ahli dorm akan bekerjasama kemas dorm untuk inspection pagi esok.
Apa itu inspection? Inspection ialah pemeriksaan dorm yang dilakukan oleh Lembaga Ketua Pelajar pada setiap hari Ahad minggu yang tak balik. Kat sini ada tiga jenis inspection; inspection harian, inspection dorm dan inspection penuh(sekali-sekala).
Inspection Harian : Pemeriksaan setiap pagi waktu pergi sekolah
Inspection Dorm : Pemeriksaan kawasan dalam & sekitar dorm sahaja
Inspection Penuh : Pemeriksaan kawasan dalam dorm, locker, koridor, bilik2 khas(bilik iron, bilik basuh, bilik kering, bilik bagasi, tandas) dan keseluruhan aras termasuk habuk-habuk dekat tingkap, jenang tingkap, kipas dan segala benda yang boleh dicuci!
Inspection ni akan sumbang markah 3K untuk rumah, so memang kena kemas dorm betul2.
Kat Kisas ada banyak kata-kata yang diulang-ulang.
Setiap satunya mengandungi makna yang tersirat dan tersendiri.
1. "Sesungguhnya pipit-pipit di negeri kami akan bertukar menjadi helang"
2. Kisas bukan Syurga, penghuninya bukan Malaikat
3. Kutiplah mutiara di Bumi Waqafan
4. Hidup kerana Tarbiyah, bukan Biah Solehah
Kalau nak cerita pasal keunikan dan tarbiyah Kisas, ada banyak sebenarnya.
Tapi adalah serba sedikit yang boleh dicerita.
1. Tradisi AS
AS ialah adopted sister ataupun kakak angkat. Malam tu, lepas balik orientasi, semua senior dan junior Thariq berkumpul dekat dorm F31 dan Form 4 cabut nama dalam cawan yang diedarkan. Nama yang tertulis atas kertas tu secara automatiknya menjadi AS kami. Lepas tu start taaruf sikit2..tapi kami tak sembang lama..sebab dah lewat malam.
Adakah antum terfikir, apa fungsi AS ni sebenarnya??
Fungsi AS & Rasionalnya
1- Katakanlah antum ni pemalu-kucing orangnya, tak tahu nak luah/tanya senior yang mana tentang permasalahan yang ada, lagi2 antum seorang newbies..so AS ni sebagai akak senior yang paling rapat akan bimbing dan beri tunjuk ajar.
2- Kalau nak tanya apa2 soalan atau subjek yang tak faham, kalau malu nak tanya kat akak2 dorm, bolehlah tanya kat AS tanpa segan silu.
3- Biasanya pasangan AS akan bertukar-tukar hadiah dan berkirim salam..jadi ukhuwwah pun lebih rapat selain kita dapat peluang untuk bersedekah. Right?
4- Bukanlah bermakna bila dah ada AS, tak boleh rapat terus dengan akak2 senior yang lain. AS bukanlah penghalang hubungan silaturahim. Tapi AS ni macam orang yang kita paling rapatlah. Hahaha..
2. Ucapan Subhanallah
Kat Kisas ni ada banyak announcement. Announcement untuk mention menu makanan, pelawat, kosongkan asrama dan pelbagai lagilaa. Apa yang unik tentang announcement kat Kisas? Uniknya ialah, setiap announcement akan dimulakan dengan ucapan Subhanallah. Bukan tu sahaja, kalau nak test microfon, start tazkirah ke.. ucapan Subhanllah yang keluar dulu. Barulah salam.
Rasionalnya? Mungkin untuk ingatkan kita supaya banyakkan berzikir kot..
3. Etos @ Kebitaraan
Kisas punya etos yang famous ialah; Nasyid, Gamelan & Bahasa Arab. Form 4 kena pergi Malam Kebudayaan lepas habis minggu orientasi. Waktu tu, semua aktiviti kebudayaan kat Kisas ni macam berbalas pantun, main seruling, nasyid termasuklah gamelan dipersembahkan. Gamelan Kisas best sangatx3! Patutlah boleh sampai peringkat antarabangsa ^_^
Bahasa arab pun HEBAT! Hari tu pasukan debat bahasa arab Kisas buat friendly dengan pasukan debat dari USIM. Wauu..Kisas VS Universiti. Masha-Allah..haza min fadhli rabbina. Alhamdulillah ala kulli hal :)
4. 1 Malaysia
1 Malaysia dalam konteks Kisas bukanlah yang menggabungkan semua bangsa dan agama dalam satu sekolah, tapi maksud NR ialah ada kepelbagaian bahasa kat sini. Suasana ni boleh dikatakan hampir takde kat Imtiaz sebab mana2 sekolah Imtiaz majoriti pelajarnya ialah orang Terengganu sebab kuotanya lebih untuk anak jati Terengganu. Jadi banyak loghat Terengganu je.
NR mula-mula dulu memang cakap KL sebab nak berpegang pada peribahasa, 'masuk kandang ayam mengokok, masuk kandang harimau mengaum'*betul ke peribahasa ni?*. Tapi, seminggu je bertahan cakap KL, lepas tu cakap Terengganu bila rasa macam lidah ni tak boleh adapt dengan bahasa KL. Kadang macam tergagap-gagap..Hahaha..orang KL jangan maroohh yee..kawan-kawan NR ramai yang kata NR cakap Ganu pekat..haha ye kee? O.o
Ada jugak diorang puji negeri Terengganu sebab keropok lekor sedap. Hahaha..negeri penyu !
I <3 TERENGGANU
Best sangat2 sebab boleh belajar banyak loghat orang lain. Kelantan, Kedah, Perak, Melaka..tak ketinggalan jugak bahasa Sabah..oh ye dalam batch NR ada sorang muslimat dari Sabah dan dia Thariqians dan sedorm dengan NR. Kelakar betul orangnya..happy-go-lucky je hehe ^_^
5. Solat Berjemaah
Musolla Siti Khadijah tu pun asing muslimin muslimat. Melainkan waktu tengahari hari sekolah dan malam hari sekolah sahaja yang campur. Kalau time muslimin takde, muslimat akan jadi Imamah..so kalau antunna tak sempat solat berjemaah dengan Imamah tu, terus ada muslimat lain yang datang ke depan untuk jadi next Imamah. Maka, saf baharu terbentuk.
Begitulah keadaan tu berlarutan sehinggalah Imamah ketiga, keempat, kelima atau keberapa sekalipun. Takde solat sorang2!Sentiasa solat berjemaah walau lewat mana sekalipun antunna solat. Setiap orang akan merasai pengalaman jadi Imamah ^_^
6. Ikhtilat
Ikhtilat antara muslimin dan muslimat kat sini sangat-sangat terjaga. Wauu, I like! <3 Muslimat takde masa nak cara hal muslimin dan begitulah juga sebaliknya..kenapa? Sebab kami sibuk belajar, takde masa nak cara benda remeh-temeh. Siap ada lagu ikhtilat yang akak senior tahun lepas reka. Best dan kreatif! Satu lagi, ada jugak Program Praktikal Ikhtilat yang dihandle oleh Form5 untuk Form4 setiap tahun. Nampak tak? Jaga ikhtilat tu perlu kepada praktikal juga, bukan hanya pada lisan semata2.
Ibrah Wa Khulasah min Hazihil Qissah
(Pengajaran & Kesimpulan daripada Cerita Ini)
1- Masa kat Kisas yang sangat padat dan tiada waktu khusus untuk murojaah Al-Qur'an membuatkan NR lebih menghargai masa bersama Al-Qur'an. NR jadi lebih sedar hakikat kekangan waktu untuk muroja'ah kalau dah bekerja nanti. Hakikatnya, ini adalah salah satu dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh semua penghafaz Al-Qur'an, whether antum dah merasainya sekarang ataupun antum bakal merasainya suatu hari nanti dalam alam pekerjaan ataupun alam rumah tangga.
2- Pengalaman setiap orang di Kisas adalah berbeza. Namun, semua orang yang pernah menjejakkan kaki di Bumi Waqafan pastinya pernah merasai bagaimana hidup dalam suasana tarbiyah, yang mana setiap orang ada cerita suka dan duka masing-masing. Bukan semua tarbiyah tu mudah, kerana tarbiyah itu sendiri bermaksud didikan. Setiap didikan pasti bermula dengan kepayahan, tapi akhirnya sudah tentu akan menjanjikan kemanisan.
3- Amalkanlah segala apa yang antum belajar dan timba kat Kisas ni semasa berada kat dunia luar. Kisas bukanlah sekolah tempat belajar semata-mata, bahkan Kisas ialah SEKOLAH KEHIDUPAN. Sebab kat sinilah kita dapat belajar nilai-nilai Islam yang sebenar, mujahadah, persahabatan, hormat-menghormati, hargai masa, jaga solat dan banyak lagi nilai-nilai murni yang hanya diri sendiri boleh rasa manisnya.
4- Kat mana-mana sekolah pun, bila kita dah naik Form 4, waktu kita bersama rakan-rakan cuma tinggal 2 tahun je. 2 tahun tu bukannya lama kalau tolak tambah waktu kita cuti, belajar, nak fokus SPM lagi..jadi hargailah waktu ni betul2 dan mantapkan ukhuwah semantap-mantapnya. Percayalah, suatu hari nanti, zaman sekolah nilah yang kita akan rindui dan kenang.
5- Seluruh kehidupan di Kisas adalah bertunjangkan tarbiyah. Mana-mana pergi pun dapat rasa kekuatan tarbiyah kat sini. Akak-akak senior pernah cakap, kalau nak tengok baik buruknya, tinggi rendahnya Islam di Malaysia, tengok pada Kolej Islam ni.
Seperti kata-kata pengasas Kisas, Prof Zulkifli Muhammad dalam Utusan Melayu pada tanggal 25 Feb 1955(Kisas tertubuh sejak 1955, sebelum Tanah Melayu merdeka; 1957).
"Kolej ini akan menjadi sebagai satu benih yang akan menghasilkan buah di masa hadapan untuk bangsa Islam di negeri ini, dan seterusnya untuk keamanan dunia seluruhnya. Di kolej inilah terletak tinggi rendaahnya, baik buruknya dan mundur majunya agama Islam kita yang maha suci ini."
In fact, mereka cakap tarbiyah kolej Islam yang dulu lagi kuat daripada sekarang sebenarnya, sebab tarbiyah tu makin terhakis dek zaman. Dulu namanya Kolej Islam Malaya -> Kolej Islam Klang -> barulah Kolej Islam Sultan Alam Shah.
6- NR bersyukur sebab Allah hantarkan NR ke Bumi Waqafan. Ini ialah salah satu nikmat yang terbesar yang Allah bagi. NR rasa pengalaman belajar di Kisas ialah pelengkap kepada pengalaman belajar di Imtiaz Kemaman. Perjuangan NR sebagai seorang hafizah kat sini bukannya berseorangan, NR ada ramai rakan-rakan hafizah yang menyokong dari belakang.
Dorm NR ada sorang budak Imtiaz Besut dan SMISTA . Kelas NR pun ada sorang budak Imtiaz Q-Ber(Kuala Berang). Tak sangka, NR pernah bertemu dengan dia waktu Larian Perdana Imtiaz 2015 dulu. Allah mempertemukan lagi kami kat Kisas..hehe :) Kecilnya dunia ni.. ^_^
Kalau diizinkan Allah, antum cubalah berkampung kat Kisas ni. Satu hari satu malam je dah cukup untuk ubah expectation antum pada Kisas. In shaa Allah..
Wa akhiran, arju lakum an ta'khuzu ibratan min hazihil qissah.
(Dan akhirnya, saya berharap kamu semua dapat mengambil pengajaran daripada cerita ini)
Lepas ni, waktu bersama blog mungkin akan menjadi lebih terhad dan singkat. Sebab Kisas hanya ada balik wajib, takde balik pilihan macam kat Imtiaz. So 8 kali je kot balik setahun. Mungkin blog akan jadi bersawang sikitlah..
In shaa Allah, biiznillah, kita akan berjumpa lagi dalam entry seterusnya.
Before continue your reading, please turn on this MP3. I wanna make some sentimental effect while you're reading ^^ Only for computer user.
Orang pertama yang NR beritahu pasal result Kisas tu selain Hanis dan Fathiyyah yg dah tahu, mestilah Sabrina. NR cari dia kat merata dorm. Akhirnya terjumpa dekat dorm Kak Aini(penjaga Koop Ikem). Sudah kuagak dia duduk kat situ. Dua orang kakak dan adik ni pun rapat jugak, macam adik & kakak angkat..tak ubah macam One dan Kak Mazlin laa. Hehehe :D
NR pergi kat dia dan hulur tangan untuk salam.
"Sabrina, saya dapat Kisas.."
Air mata dah tak dapat ditahan..Sedih nak tinggalkan Sabrina!!
"Lepas ni tinggal saya soranglah ambik attendance rowcall..awak dah takde.."
Sabrina cakap.
Tergelak NR waktu tu. Hahaha..sempat lagi buat lawak time orang sedih..
"Takpelah..awak kan kuat? Lepas ni mintak tolong Hanis Musfirah eh? Saya percayakan dia untuk ganti tempat saya!"
I admit that the post of MPP Tugas-tugas Khas have made our relationship closer, because of that, leaving Sabrina means a big loss for me.
Next, beritahu ahli dorm. Dormmate junior Form 2 macam tak percaya..tapi NR cakap tu lah hakikatnya. "Akak ada sampai hari Khamis ni je. Lepas raya cina ni awak tak jumpa dahlah akak kat sekolah ni. Bye bye.." Ayat menyentap..hahaha XD
Hari Ahad tu..heboh pasal kitorang bertiga di kalangan cikgu2. Pengetua pun tahu even dia takde kat sekolah sebab sekarang ni dunia kan dah maju, WhatsApp kan ada. Hehehe..
NR rasa sangatlah terharu bila malam Ahad tu..junior Form 2, Farhana dengan Sarah, cerita dekat NR pasal kelas diorang petang tadi..
"Kak Wanna, tahu dok tadi banat kelas kitorang semua tulis surat dekat Kak Wanna. Semua nangis selok tadi...nok2 bila kitorang baca surat Auni. Hari Khamis ni mesti Kak Wanna akan dapat banyok surat daripada kitorang."
"Hah? Ye dok? Terharu rasa...hahaha. Tapi bakpe awal sangat sedih2 ea? Awal lagi ni..nanti takdok air mata doh nok nangis hari Khamis ni..hehehe :D"
Tak sangka pulak..malam tu dan malam2 seterusnya..lepas cakap2 dan sembang2 macam biasa.. happy-go-lucky je..lepas tu diorang akan membelakangi NR pastu sambung tulis surat. Sambil tu dengar bunyi macam orang nangis...pastu tahan hingus..
Keadaan yang ceria bertukar menjadi sunyi secara tiba-tiba..
NR tahu yang diorang menangis, tapi tak naklah tegur. Biarlah diorang layan perasaan. NR pun sedih jugak nak tinggalkan budak2 junior..tapi terpaksa tahan jelah.
"Wanna, takkan awal2 dah nak rebah? Perjuangan kat Kisas belum pun bermula lagi."
NR memang sayang sangat2 junior macam NR sayang batch sendiri...lagi2 banat Form 2! Sebab NR memang rapat dengan diorang sejak daripada Form 1..huhuhuhuhu :'( Ditakdirkan pulak tahun ni sedorm dengan junior yang memang NR rapat, Farhana dan Sarah Rafiqin! Haiihh..sedih betul...
Junior Form 1 pun ada certain2 yang NR rapat. Even NR hanya sempat kenal 3 minggu je dengan Form 1 2016..tapi masa yang singkat tu telah berjaya melakar sedikit memori buat ingatan. Syukur Ya Allah kerana bagi peluang untuk hamba-Mu ini jadi fasilitator untuk minggu orientasi Form 1.
Minggu terakhir kat Ikem rasa macam sekejap sangat berlalu. Azam nak habiskan Pantai Kasih, Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, The Poison Tree dan semua buku komsas & literature sebelum pindah...tapi apakan daya, tak sempat. Lepas ni belajar komsas negeri lainlah pulak..
Mungkin ada yang mempersoalkan, macam mana nak dapat kekuatan untuk buat istikharah secara istiqamah? Nah, sila baca entry ni >> Kepentingan Solat Istikharah
I've been inspired by the true story that happened on the people that have forgotten to pray istikharah.
I would like to say a big thanks to all female Triggerzeit members for our last night memories at Ikem. Majlis Birthday Kak Aini & Perpisahan for three of us will always be the everlasting memories. Thanks for delicious fried mee, keropok, grape and orange Twister juice, and finger-licking cake! Two thumbs up!
Now I want to make some online farewell wishes ..hehehe :D
Saya mintak maaf kalau ada kekurangan saya selama menjadi dormmate awak semua. Hanim, saya mintak maaf banyak-banyak tau! Halalkan semua makan minum saya...dan tunggu Form 4 yg baru masuk untuk gantikan katil saya ye! Dear junior, selama akak takde ni, tengok habuk atas katil akak jelah kalau rindu..hehehe :D Kalau ada waktu lapang akak datang singgah, in shaa Allah ^_^ Farhana, terima kasih untuk hadiah tu..hehehe :D
2. Amirah Iryani - Center BoJa Ikem
Mirah, saya mintak maaf dan terima kasih banyak2 untuk surat tu! Pukul 1:47 pagi pun tak tidur lagi semata-mata nak tulis surat untuk saya..huhu terharu :'(
Goodluck Massmiyt nanti! BoJa BoJa BoJa BoJa BoJa >_<
3. Che Ku Nor Hidayah - Partner port dan nasyid
Dayahhh!! Terima kasih sangat2 sebab selalu jadi penghibur saya..ingat lagi fav. port kita kat musolla? Hehehe..lepas ni tak boleh dah nyanyi lagu favourite kita sama-sama sambil jalan, tengah bosan...Nur Kasih & Nur Syahadah! Kalau ada lagu Nur Hidayah mesti saya akan nyanyi selalu kat Kisas..hehehe :D
4. Junior Form 2 - Especially Aqhinatul, Iffah, Affaf, Zulaikha.
Akak mintak maaf kalau ada yang akak terkurang atau terlebih dalam menjadi senior..kalau jodoh panjang in shaa Allah kita akan jumpa lagi. Terima kasih banyak2 untuk semua surat tu ye! Good luck I'dadi tahun ni dan PT3 tahun depan. 12A mesti dalam genggaman! Tak kiralah berapa A pun yang datang, kalau usaha sungguh-sungguh..in shaa Allah akan dipermudahkan untuk capai kejayaan! :) Oh ye, Qhina, syukran jazilan untuk hadiah yang cukup besar..semoga Allah memurahkan rezeki untukmu selalu ^_^
3. Tiga serangkai - Auni & Aisyah Farihah
Lepas akak pindah ni..dah tak jadi tiga serangkai lah kita kan? Tinggal dua serangkai je..tapi akak bersyukur even kita baru start rapat waktu jadi fasi minggu orientasi tahun ni tapi akak rasa macam dah kenal awak berdua dah lama! Sebab awak berdua sangatlah happening dan kelakar! Hahaha..akak mesti akan rindu muka 'troll face' Aisyah Farihah dan ke-innocent-nan Auni :')
Kalau ikutkan hati nak buat ucapan perpisahan untuk setiap ahli batch Triggerzeit, tapi cukuplah NR nyatakan secara umum je kat sini.
Saya mintak maaf banyak-banyak atas segala kekurangan dan kesalahan saya selama 3 tahun dan 1 bulan kita bersama-sama sebagai satu batch. Mohon halalkan makan minum dan ilmu yang dicurahkan kepada saya selama ni. Tahniah dan terima kasih kepada Ketua Batch & Pen. Ketua Batch, Mus'ab dan Fathiyyah yang berjaya memimpin bahtera Triggerzeit ni dengan sangat baik. Kepada semua ahli batch Triggerzeit, terima kasih untuk memori yang indah sejak dari Form 1 sampai sekarang. Kem BAK, Triggerzeit Grand Dinner, Kem PT3, dan banyak lagi yang tak 'ter'sebut.
Akhir kata, GOOD LUCK SPM 2017!
11 A+ IS IN OUR HAND!
Berakhir sudah luahan hati yang cukup panjang ni.
Doakan kami bertiga dapat melakar kejayaan di sana ye!