Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: December 2017
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Insta Facebook

Ujian Umat Islam Selepas Bangun Tidur


Bismillah, assalamualaikum.

1. Cuba ingat balik, waktu kita bangun tidur pagi ni, apa perkara PERTAMA yg kita buat?

a) Baca doa bangun tidur dan rasa syukur sebab masih hidup

b) capai smartphone dan tengok whatsapp/instagram/wechat/sms/facebook/twitter

c) capai laptop dan bukak akaun media sosial 

d) capai remote TV dan tengok cerita menarik yg ditayangkan

e) capai makanan yg ada dalam peti/periuk/almari/bawah tudung saji

f) bukak buku pelajaran dulu, rasa mcm solat tahajud dan baca Qur'an are not the priority

g) tutup alarm clock dan sambung tidur



Kalau pagi2, permulaan hari kita dah fail, macam mana agaknya perjalanan hidup kita hari tu? 
Hmmm..


Sesungguhnya Rasulullah mendoakan kebaikan utk umatnya yg berpagi-pagi.


Wallahua'lam. Assalamualaikum..



Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

Apa Aktiviti Nak Buat Lepas SPM?



Bismillah..assalamualaikum W.B.T. 
Lama dah jemari ni tak menaip atas keyboard. Dah seminggu NR berehat kat rumah, goyang kaki lepas selesai exam SPM! Alhamdulillah...inilah ketenangan yg tidak pernah kurasa sejak 2 tahun masuk Kisas..hehee..Kisas students should understand very well that we struggle and put a lot of effort into studying for 2 years there, and I just want to feel a bit of satisfaction after tired exhaustion..fuhhh ~,~

Budaya ilmu di Kisas really teach me the true meaning of JIHAD DALAM MENUNTUT ILMU. Thank You Allah for giving me the experience of jihad, ukhuwah, tarbiyah and biah solehah there ^_^

Maka sahabat, maza sanaf'alu fi hazihi utlah?(Apa yg kita akan buat semasa cuti ini?)
Berikut suggestions apa yg antum boleh buat sepanjang cuti yg panjang ni :-

1. BERBAKTI KEPADA MAK AYAH
Since mom and dad are our first priority, so I think this should be in the first list. Lagi2 utk orang yang sejak form1 duduk asrama, jadi nilah masa yg sesuai utk berbakti kepada mak ayah, sebab dari dulu kita ni jarang jumpa dgn mak ayah, nanti dah masuk universiti lagi kurang masa dengan mak ayah, pastu kerja, berumah tangga pulak. 

Cikgu NR pernah cakap, "SEMAKIN KITA DEWASA, SEMAKIN JAUH JARAK KITA DENGAN MAK AYAH, SEMAKIN KURANG MASA KITA DENGAN MEREKA"
Jadi,  HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA MASIH BERNAFAS..


2. AMBIL LESEN MEMANDU
Seem that this is the TRULY school holiday, so better antum ambil lesen memandu kat JPJ sekarang. Sebab kalau dah masuk U mmg tak sempat kot sebab dia ada peruntukan jam minima kena berlatih kat JPJ. Lagi2 kalau antum nak pergi cari kerja, better drive sendiri drp susahkan mak ayah utk hantar.


3. BELAJAR ILMU AGAMA
Nak jadi muslim dan muslimah sejati bukan senang . Not like jalan catwalk atas red carpet, dilempar dengan ros merah dan disinari dengan flashlight kamera. Jalan menuju Ilahi dirintangi dengan onak dan duri, godaan cobaan sana sini dan tipu daya syaitonirrajim. 

NR bukan nak kata kat sesiapa, just public. In fact, berapa ramai lagi pelajar2 sekolah di luar sana yg tak tahu solat? Tak reti baca Al-Quran? Tak puasa? Kadang2 bukan salah pelajar tu sendiri, mungkin kerana ibu bapa yg kurang beri didikan agama, atau mungkin jugak berpunca drp diri sendiri yg takde usaha utk belajar ilmu agama yg FARDHU AIN ni. 

NR kagum dgn a few kawan NR yg pergi Baitul Qura' utk dalami ilmu agama, belajar kitab waktu cuti panjang ni. Takpelah, tu usaha mereka. Lalu, apa usaha kita? Please don't limit your mind that belajar ilmu agama is just by learning at pondok(although it is one of the best method), but we have technology now! Belajarlah drp video ceramah, Tarbiah Sentap dsb. Besides, rajinkanlah kaki utk pergi ke masjid solat berjemaah(lebih2 lagi utk muslimin) dan dgr kuliah ustaz2. Malaikat mendoakan mereka yg berada dlm majlis ilmu yg diibaratkan taman-taman syurga :)


4. BELAJAR ILMU KEMAHIRAN
Ilmu kemahiran sgt penting, no matter utk lelaki atau perempuan. Kemahiran menjahit, memasak, bertukang, servis kereta and so on. Orang perempuan khususnya, KENA PANDAI MEMASAK. Org kata, "ORANG PEREMPUAN BELAJAR SETINGGI MANA SEKALIPUN, AKHIR SEKALI KE DAPUR JUGAK". Betul ke dok? You decide!

Selain tu, antum boleh jugak join kelas fotografi, kelas fotografi, kelas muzik(piano, gitar) atau kelas bahasa(inggeris, arab, perancis, mandarin). Ada ke semua tu? Yes, adaaa.. Cuma kena pandai cari je. Buatlah research atau tanya orang yg berkaitan ttg kelas tersebut di kawasan berdekatan. Oraitt? 


5.  AMBIL TAHU ISU SEMASA - GLOBAL, POLITIK
Berjinak-jinak baca newspaper atau online news ttg isu semasa dalam dan luar negara. Bahasa mudah, penuhkan diri dgn ilmu pengajian am. Sekaranglah masanya utk ambil tahu tentang isu dlm negara sendiri, isu dunia Islam khususnya dan isu global amnya. Sebelum ni banyak baca buku bio, chemist, fizik, sejarah and so on je kan? Sekarang luaskanlah pandangan dan berfikir lebih matang!


6. BE A VOLUNTEER! 
Banyak je program atau pertubuhan yg antum boleh join utk jadi volunteer. Kalau antum suka buat amal dan sedekah utk kebaikan manusia, bolehlah daftar mana2 pertubuhan amal antaranya Iam4u, Mercy dsb. Search je kat google, ada banyak yee. Nak atau tak nak je..

Tapi nak jadi volunteer ni kena ada ketabahan mental dan fizikal. ANTUM MUST BE QOWIY(kuat). Apa yg paling penting ialah, NIAT KENA BETUL. "Lillahita'ala" itu mesti..supaya amal tu tak jadi habaan mansura..(bagai debu yg berterbangan).


7. OUTDOOR ACTIVITY
Bagi yg sukakan aktiviti lasak, bolehlah cuba mountain climbing, firefox atau marathon. NR memang suka berlari dan biasanya NR tengok upcoming events berkait dgn running & marathon di MyRunners dan JustRunLah! Biasanya ada lah duit yg perlu dilabur sikit, tapi kalau dah benda tu kita minat dan memang bagus utk kesihatan, apa salahnya kan? :D

Kalau nak berlari free of charge, bolehlah berlari kat halaman depan rumah(especially utk muslimat; senang nak jaga aurat), kat taman atau kat bukit. Dekat Dungun ni biasanya org pergi naik Bukit Bauk. 


8. ZIARAH
Ziarah yg NR nak bawa kat sini, luas konsepnya. Ziarah boleh membawa maksud menunaikan umrah ke Baitullah. Kalau ada kemampuan, bolehlah menunaikan umrah di usia muda dgn keluarga. 

Ziarah juga boleh bermaksud antum melawat sekolah lama. Apa salahnya nanti bila dah bukak sekolah, antum melawat sekolah lama start drp tadika, sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Lawat guru2, bawak buah tangan, ucap terima kasih..tengok perkembangan dan transformasi sekolah lama dan tengok adik2 generasi baru yg mengisi sekolah tu. Kalau malu, ajaklah geng sekolah lama, ye ke dok? Kalau diberi peluang, bagilah talk kat adik2 heehhee, bagi inspirasi :D 

Ziarah juga boleh bermaksud antum menziarahi kubur arwah keluarga(jika ada), arwah guru atau sahabat terdekat. Kita semua tentunya pernah dikejutkan dgn kematian orang2 yg tedekat, kan? Ziarahilah kubur mereka dan bacakan Yaasin..ziarah kubur supaya hati kita sentiasa hidup dan INGAT MATI. Sedekahkanlah Al-Fatihah..

MATI ITU PASTI. 
TIDAK AKAN DIPERCEPAT ATAU DILAMBAT WALAU SESAAT.
ORANG YANG PALING BIJAK IALAH ORANG YANG SENTIASA MENGINGATI MATI.


9. BEKERJA
Try tanya mana-mana sekolah yang boleh ambil pelajar lepasan SPM untuk mengajar. Maybe boleh jadi guru tadika or guru sekolah rendah. Atau kalau desperate sgt, boleh jadi penjaga koperasi kat sekolah rendah. Asalkan ada kerja, kan? :D Kalau berani ambil risiko, boleh try bisnes online. Sekarang orang makin beralih kepada jual beli online, sebab ianya easy-peasy, hassle-free and effortless shipping! Boleh jugak kalau nak jadi dropship, cuma jadi orang tengah dan still dapat jana duit poket. 

Kalau mak ayah antum ada kedai atau bisnes sendiri, bolehlah tolong mereka jalankan bisnes tu. Up to you what type of job that you want to try, but bear in mind that business is 9/10 source of income, based on hadits shohih of our Prophet, Rasulullah SAW.

10. RANCANG HALA TUJU PENDIDIKAN
Sekarang dah boleh cari IPTA yg nak disambung belajar lepas ni. IPTA, MATRIKS, STPM atau STAM? Buatlah research! Cari jugak scholarship offer yg available, dan qualification yg diperlukan. Antara web yg ada ialah Malaysia Students dan AfterSchool. Kenalilah universiti awam yg ada di Malaysia! Tak kenal, maka tak cinta. Lepas dapat result nanti, bolehlah apply UPU, STPM atau STAM. Bolehlah mula buat istikharah, mintak petunjuk dgn Allah ttg hala tuju dan keputusan yg terbaik utk kita ambil. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk setiap hamba-Nya :)


Alhamdulillah, selesai sudah post ni. Harap bermanfaat dan berguna khususnya utk mereka lepasan SPM, dan semoga diriku dapat menuai sedikit pahala drp usaha yg kecil ini.
Syukran , assalamualaikum! :)



Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)