Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: June 2017
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Insta Facebook

Kisas Mengajarku Erti Hak & Keberkatan


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum , kayfa halukum jami'an?(Apa khabar kamu semua?)

Wah, lama rasanya jari-jemari ni tak menari-nari atas keyboard. Dah berapa bulan blog ni kutinggalkan. Bukan sebab malas, tapi tuntutan sekolah dan menuntut ilmu yang lebih utama, maka blog ni terpaksa dibiarkan dalam keadaan 'sleep'...keeps session in memory but in low power state hehehe :D

Post kali ni insha-Allah NR nak share cerita pasal Kisas. Allahu..berapa bulan je lagi masa berbaki untuk NR bermukim di Bumi Waqafan ni..bumi yang sungguh diberkati. Kira-kira 5 bulan je lagi kami generasi 62 atau Al-Abrar(our batch name) akan menduduki peperiksaan SPM dan kemudian terbang menjadi HELANG di awan sana. Ahhh..rasa macam masa yang berbaki ni, NR nak cerita banyak2 pasal Kisas dan semua perkara berkaitan dengannya. NR tak nak kenangan belajar kat sini lupus daripada ingatan..dan kalau boleh biarlah penulisan ni bermanfaat buat generasi seterusnya. Insha-Allah..

HAK DAN KEBERKATAN

Kedua-dua perkara ni amat berkait rapat dan tak boleh dipisahkan. 
Apa itu hak? Hak kalau menurut Kamus DBP bermaksud hak milik dan kepunyaan. 
Keberkatan pulak bermaksud kurnia atau rahmat Allah yang mendatangkan kebaikan kepada hidup seseorang.

Apa yang NR nak cerita kat sini..waktu mula2 NR masuk Kisas waktu Form 4(2016), kami Form 4  ada banyak perjumpaan atau kat sini panggil liqa' dengan akak2 BADAR Form 5. Tujuan liqa' adalah kerana ingin mentarbiyah kami..tarbiyah maksudnya didikan. Melalui liqa' ni, kami mungkin ditegur apa kesalahan batch kami, atau ada nasihat dan perkongsian daripada mereka. Biasalah kalau waktu Form 4 kita tak suka dengan liqa' ni..sebab kadang2 penat2 balik prep pukul 11 malam tiba2 ada announcement liqa' kat musolla pulak kan..waktu tu rasa nak rebel pun ada. hahaha...


Tapi hakikatnya benda tu lah yang kami rindukan waktu Form 5. Sebab apa? Sebab waktu Form 5 biasanya masing2 akan rasa 'senior', berkuasa dan patut dihormati. Jadi liqa' sebeginilah yang menyedarkan kami sebenarnya. Liqa' ni bukan untuk membebankan, menyusahkan jauh sekali menyeksa dan mengazab, tapi ia suatu bentuk kasih sayang yang tak terluah dengan kata2 tetapi melalui perbuatan. Liqa' ni membuktikan yang ada orang masih lagi prihatin dengan kemenjadian kita. So bila ada orang nampak kita buat salah mereka betulkan. Bukankah Islam menyuruh kita untuk saling ingat-mengingati? Amar makruf nahi mungkar :)


Nak dijadikan cerita, biasanya kami waktu Form 4 dulu akan naik dorm dulu sebelum turun liqa' kat musolla, so bila kat dorm tu adalah yang tidur sekejap, basuh baju, gosok baju dan sebagainya. Biasanya benda tu take time maka ramailah yang turun lewat 'sikit' heehhe. Katakanlah liqa' 11.15 malam, maka adalah yg turun 11.20, 11.25 ke..ianya perkara yg ramai org buat awal2 dulu. Tapi nak tahu apa nasihat akak2 yang menyentapkan kami waktu liqa' tu?

"Akak hargai antunna(kamu semua-untuk perempuan) semua turun malam ni. Tapi, akak nak tegur sikit pasal hak. Kita semua tahu liqa' ni start pukul 11.15 sepatutnya, tapi disebabkan ada orang yang turun lewat, kita terpaksa start liqa' lewat. Pukul 11. 30 baru boleh start. Antunna yang turun lewat ni, masing-masing tahu sendiri pukul berapa dia turun. Samada antunna datang 11.16 atau 11.17 sekalipun, antunna dah ambik 1/2 minit masa kawan2 antunna yang datang tepat 11.15. Dan ini bermakna antunna dah ambik hak kawan2 antunna. Antunna sepatutnya mintak maaf atas kelewatan antunna dan akak tak nak tengok perkara ni berulang lagi lepas ni."


Gulpp..zappppp!! Sentapnya masha-Allah..kalau antum tak tersentap mungkin petanda hati dah hitam..huhu JK.

Itu baru sikit ditegur tentang hak. Tak lagi teguran masa Dewan Makan(DM).
Waktu minum petang contohnya, kadang2 bila dah lapar, ada orang akan rembat je 2 ke 3 jenis kuih tu untuk dia sorang je. Tak fikir dah orang belakang. Maka bila time kuih sedap terutamanya,(contoh kuih jala) akan berlakulah krisis tak cukup kuih sedangkan ramai lagi yang tak makan. Di sinilah fungsi akak2 untuk tegur kami(sebab kami masih baru) tentang hak di dewan makan. 


Kuih tu semuanya dah ada empunya hak untuk dimakan, sebab semua orang dah bayar yuran makan. So, katakanlah kita ambik 4 kuih jala yang sepatutnya sorang dapat 2, apa hukum kita telan makanan extra tu sebenarnya? NR tak nampak selain daripada haram hukumnya. Kan? Bukankah itu bermaksud kita makan makanan orang lain tanpa kebenaran jugak? Haram tu means dosa kan? Melainkan memang kawan korang bagi korang makan bahagian dia ataupun makcik confirm2 cakap kuih tu adalah lebihan petang tadi yang tak habis. So waktu tu bolehlah korang nak melantak sebanyak mana yang korang nak. Tapi adalah berdosa utk makan bahagian orang lain tanpa kebenaran sebab itu bermakna kita dah ambik hak orang tu. Refleks dan muhasabah diri balik..pernah tak kita buat benda ni?

Banyak lagi hak dekat DM ni kalau nak dicerita. Satu lagi perkara yang mungkin dianggap biasa di sesetengah sekolah, tapi di Kisas TAK. Fi'il cop 'saya after dia' dalam barisan panjang. 


Okey NR bagi situasi.
Suatu petang, waktu makan malam..antum beratur dalam barisan panjang nak ambik makanan ni..Tetiba ada sorang ni datang, dia cakap, "Eh Wanna saya after dia..dia copkan untuk saya tadi..hehe" dengan senyuman 'biggrin' tu dia pergi berdiri depan antum. Tak lama kemudian, ada pulak beberapa orang lain yang pergi buat benda sama dekat bahagian depan2, waktu tu, APA ANTUM RASA? Fed-up kan? Of course..haha kita yang beratur kat situ dah sekian lama kepala lutut dah longgar perut pun dah bermain buskerz*haha over dan hiperbola* akhirnya makin terkebelakang dan kebelakang. Inilah yang NR rasa dekat sekolah lama NR dulu..haha sorry ye sekolah lamaku :D I LOVE U !  

But this situation means you have take other person's right. Sohih au la?(Betul atau tidak?)
Fikir2 kanlah..


Satu lagi ni mungkin ramai orang tak perasan. Hak Al-Qur'an ketika kita membacanya. Mungkin ramai lagi yang tak sedar atau tak tahu mungkin, Al-Quran pun ada hak2nya yg perlu kita tunaikan. Macam mana? Dalam kita membaca Al-Quran, hak2 seperti cara bacaan, makhraj huruf, tajwid dan sebagainya adalah hak2 Al-Quran yang kita kena jaga. Barulah Al-Quran tu akan jadi hujah untuk kita di akhirat, yang akan pertahankan qari'(pembaca) dan qariah nya kelak, bukan yang akan mendakwa dan menjadi hujah ke atas kita seperti hadis Nabi SAW.


Tapi, apa kaitannya HAK DAN KEBERKATAN??
Kita tahu, keberkatan tu ada banyak puncanya. Jangan pandang remeh dengan sekecil2 kebaikan sebab padanya ada keberkatan kalau dilakukan dengan ikhlas. Jaga hubungan dengan Allah, dengan kawan, cikgu, mak ayah tu punca keberkatan. Tak membazir makanan pun punca keberkatan. Jaga solat punca keberkatan. Dan lain2 lagi.


Tapi jangan lupa, HAK pun adalah PUNCA KEBERKATAN. Dan keberkatan ni kalau nak dicerita, menjadi salah satu asbab seseorang tu bahagia atau merana dalam hidupnya. Boleh jadi, seseorang tu kaya yang amat masya-Allah, kereta ferrari bersusun dalam garaj bawah tanah, tapi hatinya tak bahagia. Sebab apa? Mungkin hartanya diperoleh dengan cara yang haram.

Boleh jadi, kita nampak seseorang tu diberi kejayaan 11A+ SPM tapi cikgu tak redha, mungkin kerana cikgu pernah terasa hati dengan si fulan bin si fulan.*Nauzubillahiminzalik* Dah takde keberkatan di situ..

Nampak tak kaitannya??
Alhamdulillah NR bersyukur sebab disedarkan dengan perkara ni walaupun kadang2 diri ni terlupa juga. Alhamdulillah ada kawan2 yg masih prihatin yang menarik tanganku disaat alpa dan leka.

Syukur Ya Allah kerana Engkau jadikan Kisas sebagai asbab untuk aku lebih mengenali Islam, mendalami Islam dan mencintai Islam. Moga Engkau kurniakan kekuatan untuk aku terus beristiqamah di jalan dakwah dan mati dalam dakwah. Amin..

Moga bermanfaat entry kali ni. insha-Allah.
Tak tahu bila lagi NR mampu menulis entry di blog ni.
Kita merancang tetapi Allah juga merancang, dan perancangan Allah itulah yang terbaik.
Moga bertemu lagi, biiznillah :)


I LOVE KISAS
*Riqlid night dinner*

Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)