Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: RAMADHAN | Perspektif & Persediaan
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Exchange

RAMADHAN | Perspektif & Persediaan




Bismillah..
Assalamualaikum hamba Allah sekalian.

Hari ni NR rasa terpanggil untuk post pasal bulan Ramadhan. Memandangkan 2 hari lagi kita akan menyambut tetamu kita yang teristimewa dan paling kita rindui, jadi NR nak share pasal 
Ramadhan | Perspektif dan Persediaan.

"Perspektif? Mengapa Perspektif? Apa itu Perspektif?"

Usah ditanya apa makna perspektif...sebab NR bukan nak sentuh pasal perkataan perspektif, tapi NR nak share pasal keistimewaan Bulan Ramadhan, yang mana ia dapat mengubah perspektif iaitu cara pandang kita terhadap sesuatu.
Macam mana bulan Ramadhan boleh mengubah cara saya pandang sesuatu??

Baiklah 'thullab' sekalian, hayya nabda'!(Mari kita mulakan)
Baru-baru ni, 27/5/2016 , sebelum balik bercuti penggal, kami para pelajar Kisas menghadiri program ceramah di Musolla Saidatina Khadijah yang dipresent oleh Alkis sendiri. Apa itu Alkis? Alkis stands for Alumni Kisas ^_^ Beliau merupakan seorang motivator terkenal dan ada syarikat konsultan sendiri. NR sangat kagum dengan pencapaian beliau.
Tajuk ceramahnya sangat menarik dan memang 'kena' dengan post kali ni..;

MADRASAH RAMADHAN : Puasa Benteng Penguasaan Nafsu Ke Arah Mencapai Taqwa
By : Encik Sya'ari

NR pun memang nak share point2 yang NR dapat waktu ceramah tu kat sini..hehe :D
Moga bermanfaat untuk antum semua :)

"Bagaimana kamu memandang sesuatu, begitulah yang kamu akan dapat"
That's the muqaddimah.

Cuba tengok gambar kat bawah ni :
Apa antum nampak?

Nampak LAUT kan?
Baiklah, begini ceritanya...

Ada tiga sekawan yang berjumpa semula setelah 10 tahun tidak berjumpa. Masing-masing dengan kerjaya yang bagus. Mereka bercerita dan berbual tentang cerita2 zaman sekolah dulu sambil memandang ke laut yang terbentang luas di hadapan mereka.

Seorang kerja sebagai jurutera di pelantar minyak.
Seorang kerja sebagai pengurus hotel.
Seorang lagi kerja sebagai nelayan.

Oh rilek-rilek ye semua..NR bukan nak suruh banding kerjaya mana yg lagi bagus..

Kita tengok macam mana perspektif atau cara pandang 3 orang ni terhadap laut di depan mereka :-

Si jurutera fikir, 
'Dalam laut ni mesti ada banyak petroleum. Aku kena kerahkan pekerja aku untuk gali minyak kat sini..'
Si pengurus hotel fikir,
'Laut ni sungguh cantik. Rasanya elok juga kalau aku bina hotel atas laut ini..'
Si nelayan pula fikir,
'Dalam laut ni mesti ada banyak ikan. Aku kena tangkap ikan kat sini..'

Nampak tak perbezaan perspektif mereka bertiga? Ketiga-tiganya ada perspektif yang berbeza terhadap laut yang sama..dan perspektif mereka tak salah!

Tapi, apa kaitan laut ni dengan bulan Ramadhan?

PERSPEKTIF.
Yes, that's the point.

Apa perspektif kita terhadap bulan Ramadhan? 
Adakah kita hanya memandang bulan ni sebagai bulan untuk berpuasa? Bulan untuk buat persiapan raya? Bulan untuk buat biskut macam-macam perisa? Bulan untuk tidur pada siangnya dan makan banyak-banyak pada malamnya?
Oh nononono...

RAMADHAN BUKANLAH BULAN PUASA SEMATA-MATA!
TAPI BULAN RAMADHAN IALAH ;;
1) BULAN DITURUNKAN AL-QUR'AN
2) BULAN KEMENANGAN ISLAM DALAM PERANG BADAR
3) BULAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH OLEH PEMERINTAHAN ISLAM
4) BULAN BERLAKUNYA MALAM LAILATUL QADAR

Banyak keistimewaan bulan Ramadhan sebenarnya..bahkan keistimewaannya lebih daripada itu!

Jadi, jangan pandang Al-Qur'an sebagai BULAN PUASA SEMATA-MATA! 
Okey kawan-kawan? ^_^

Let's move to the next chapter, PERSEDIAAN !

Apa persediaan yang antum dah buat? 
Islah(perbaiki) diri kita sebelum Ramadhan tiba lagi...supaya bulan Ramadhan kali ni tak jadi sia-sia begitu sahaja. Semoga Ramadhan kali ni dapat kita manfaatkan sebaiknya untuk buat amal soleh banyak-banyak. 
In shaa Allahu Ta'ala.

NR nak share satu gambar yang in shaa Allah dapat jadi tips untuk persediaan kita islah diri untuk hadapi bulan Ramadhan.

Credit to Encik Google.com

Akhir kata, NR nak mengucapkan, selamat menyambut bulan Ramadhan dan BERAMAL SOLEH padanya.

Ingat, PUASA mendidik kita untuk BERISTIQAMAH dalam KETAQWAAN sehingga 11 bulan seterusnya, bukan hanya di bulan RAMADHAN semata-mata!

لا تكونواْ رمضانيّون ولكن كونواْ رباّ نيّون
Maksudnya : Jangan jadi hamba Ramadhan, tetapi jadilah hamba Tuhan(Allah).

Wallahua'lam.
Syukran.
Assalamualaikum.


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

2 yang memberi respon :

AinAthirah Anuar said...

Singgah sini baca entry :) Selamat Menyambut Bulan Barakah

Puteri Afiqah said...

selamat berpuasa :)