Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: Warkah untuk Triggerzeit @ I-Kem
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Exchange

Warkah untuk Triggerzeit @ I-Kem




Triggerzeit,
3 tahun 2 bulan kita bersama,
Melakar kejayaan dan memori-memori indah,
Ombak badai ribut taufan kita hadapi semuanya,
Kita bagaikan simpulan tali yang kukuh dan ampuh,
Tak dapat dipisahkan dan dirempuh,
Kuat dan saling menguatkan.

Triggerzeit,
Masa berlalu terlalu pantas,
Membawa dan meragut setiap memori yang dilakar bersama,
Ada yang membuka sayap untuk terbang mengembara,
Mengembara ke utara selatan timur dan barat,
Biarkan, biarkan mereka dengan aturan takdir hidup mereka,
Lalu, simpulan tali yang kukuh tadi itu bagaimana?
Masihkah kukuh dan ampuh ikatannya?
Usahlah disalahkan mereka yang terbang mengembara,
Mungkin mereka sedang mencari dan masih mencari,
Hikmah dan inayah yang ada di Bumi Tuhan ini,
Maka, yang tinggal di dalam bahtera,
Teruskanlah membelah lautan dunia,
Tawanlah lautan itu dan bina kejayaan bersama.

Triggerzeit,
Alam semesta sedang menyaksikan,
Betapa jiwa-jiwa ini,
 sedang memasuki suatu 'zaman',
'Zaman' yang mencabar dan penuh dengan liku-liku kehidupan,
Onak duri dan kaca membentangi laluannya,
Ada yang awal lagi sudah tersungkur menyembah bumi,
Ada yang sudah merangkak-rangkak menanti rebah,
Ada yang masih berjalan,
Bahkan ada juga yang masih berlari,
Zaman apakah yang menyaksikan banyak penyiksaan itu?
Itulah suatu zaman,
Yang dipanggil 'zaman remaja'
Itulah zaman yang dikatakan zaman untuk bergembira,
Berfoya-foya sebelum ajal datang menjelma,
Zaman yang "kita kena enjoy sepenuhnya",
SIAPA KATA?
Ajal menjemput tak kira usia,
Muda tua remaja dewasa,
Sesungguhnya Mati tak kenal usia.

Triggerzeit,
Maka, setiap jiwa daripada kita,
Tergolong dalam golongan yang mana?
Sudah tersungkur ataupun bagaimana?
Jangan kau rasa,"aku imtiaz, aku hafaz Al-Qur'an",
Boleh menjamin kau selamat menempuhi laluan noda ini,
Laluan yang penuh dengan dugaan dan cubaan tak terkira banyaknya,
Ingatlah, Hanya iman yang boleh memandu diri,
Tanpa iman dalam dada,
Adakah kau fikir,
Dengan hanya kau menghafaz Al-Qur'an,
Iman kau sudah cukup?
Sudah terjamin masuk syurga?
Iman dan Al-Qur'an, jangan pisahkan kedua-duanya,
Tanpa iman, kau kufur!
Tanpa Al-Qur'an, kau futur!
Maka, seiringkan IMAN & Al-QUR'AN dalam hidupmu!

Triggerzeit,
Jangan kau sangka,
Aku di kejauhan sudah lupa akan semuanya tentang kita,
Memori pahit manis suka dan duka,
Masih bermain segar di kotak ingatan,
Namun, ada sesuatu yang ingin kuluahkan,
Ternyata,
Aku benar-benar sedih dengan apa yang berlaku,
Perubahan yang aku harapkan daripada jemaah ini,
Ternyata telah memberikan seribu kekecewaan,
Mana? Mana? Mana?
Qudwah Hasanah yang patut ditunjukkan?
Batas ikhtilat yang patut diamalkan?
Rasa malu yang patut disegarkan?
Al-Qur'an yang patut diutamakan?
Mana pergi semuanya??
Ketahuilah, huffaz Al-Qur'an yang lupa akan hafalannya,
Dan TIDAK MENGAMALKAN apa yang dihafaznya,
Merekalah GOLONGAN PERTAMA;
YANG AKAN DICAMPAK KE DALAM NERAKA!

Triggerzeit,
Teguran ini bukan hanya kutujukan,
Buat jiwa-jiwa yang berbaki di dalam bahtera sahaja,
Namun, Aku tujukan untuk 55 jiwa,
Yang sedang merasai pahitnya menempuh 'zaman' itu,
Tidak kira, di benua mana pun kau berada,
Angin di benua mana pun yang kau sedut,
Ingatlah, pada bahu kita tergalas amanah dan tanggungjawab,
Tanggungjawab untuk menjaga Kalamullah yang sangat berat ini,
كلّكم راعٍ وكلّكم مسْؤول عن رعيته
Jangan pernah kau lupa hadis ini,
Kerana ia, panduan yang ditinggalkan oleh Rasul tercinta.

Triggerzeit,
Aku menulis tinta ini dari hati,
Hati yang dahagakan perubahan dan penghijrahan,
Hati yang menghargai sebuah persahabatan,
Hati yang inginkan ukhuwah ini berkekalan,
Nasihatku satu, Iman & Al-Qur'an,
Jangan sesekali kau pisahkan.

Sekian.



Tinta dari hati,
WAN NABIHAH BINTI WAN ABDUL RAZAK
*Hamba Hina


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

1 yang memberi respon :

auni said...

hehe suka baca blog awak