Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan | Hidup untuk mencari keredhaan Ilahi +Follow | Dashboard
ღ !...Modesty...! ღ: Reunion 6 Gemilang 2012 SK Sura
ღ !...Modesty...! ღ
Myself Exchange

Reunion 6 Gemilang 2012 SK Sura


Assalamualaikum :)

IT'S GONNA BE A LONG POST, SERIOUSLY..


Alhamdulillah..akhirnya, setelah dua tahun tak jumpa, kelas 6 Gemilang dapat berjumpa sekali lagi kelmarin (21/12/2015) dekat KFC Dungun. Agak lama jugak kitorang tak buat reunion kelas..maklumlah masing-masing sekolah jauh. Lepas habis UPSR semua orang melebarkan sayap ke sekolah-sekolah yang hebat, haha siyes, jadi kitorang memang jarang boleh berkumpul.


NR ingat lagi masa tahun 2012, sekolah kitorang ada 72 orang pelajar yang dapat 5A UPSR daripada target 80 orang. Kelas kitorang, 6 Gemilang semua straight A's kecuali sorang, dapat 4A 1B. NR bersimpati bagi pihak dia.


Masa Form 1 dulu selalu jugak buat reunion, lepas tu makin lama makin sikit yang datang sampailah masa Form 2, memang tak buat langsung.


Mujurlah lebih daripada separuh yang datang kelmarin. NR pergi pukul 2.30 petang dekat KFC dan nampak ramai kawan NR yang dah beratur nak beli makanan.


Ya Allah..terkejut sakan tengok sorang-sorang kawan NR. Semua tinggi-tinggi, muka matured je..tapi ada jugak yang still nampak cam childish..maksudnya, dari segi ketinggian..tak nampak cam Form 3 pun. Macam darjah 6 lagi. Hahaha..malu katanya sebab tak tinggi-tinggi lagi :D :D
Takpe, orang cakap, orang pendek ni nampak muda, kan? :D


Tapi dalam kegembiraan tu, NR still ada rasa sedih sebab terkenangkan sorang kawan kitorang yang dah meninggal dunia masa akhir tahun darjah 6 dulu, lepas dapat result(tahun 2012). Arwah sekeluarga(4 orang) meninggal dalam kemalangan kereta dengan bas. Innalillah..
Apapun, kematian menyedarkan kita yang takdir Allah mengatasi segalanya.
Al-Fatihah

*Tinggalkan mood sedih*



Sepanjang makan kat KFC tu..memang suasana bingit sebab suara kitorang je rasanyee..
macam-macam perkara yang dibualkan..pasal PT3, kehidupan kat asrama, rancangan nak pindah sekolah..etc. Lepas makan, kitorang 'segorombolan' jalan-jalan kat SMO Bookstores yang baru bukak dekat sebelah KFC. Ada buat sale untuk sesetengah buku.


Okey..kitorang jalan-jalan lagi..ada la singgah beberapa kedai sepanjang jalan. Last port dekat Taman Sura Gate ke entah apa namanya dekat hujung bandar tu. Penat jalan tahuu..rasa macam nak tercabut kaki. Haha over..tapi memang menyesal sebab tak pakai knee support dulu sebelum keluar rumah.


Nah gambar :-

*Yang tudung merah ni kawan rapat NR, Fatihah*







 




Lepas main jongkang-jongket dengan budak-budak 5 tahun, kitorang tangkap gambar sekelas. Angin bertiup sangat kuat dan NR yang berdiri kat hujung sekali mestilah yang terima paling banyak tempias. Alahaii...~_~










 Memori reunion kelmarin adalah yang paling bermakna dalam sejarah. NR harap kita semua boleh jumpa lagi pada masa akan datang. Mungkin lepas SPM..hihi in sha Allah kalau panjang umur dan murah rezeki.



Sampai sini je post kali ni.
Sekian.
Take care, bye.
Wassalam.


Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur :)

4 yang memberi respon :

Noor Atikah Ramli said...

jom join giveaway blog ika :)

http://www.nooratikahramli.com/2015/12/giveaway-pocket-calendar-new-year-2016.html

Miss NR said...

@Noor Atikah Ramli In Sha Allah Wanna join :)

Mr. Doctor said...

Seronoknya youngsters skrg senang nak gathering balik dengan memember sekolah rendah smua sbb ada fb whtsapp dah masa skolah.. senang nak contact.. Dulu susah.. Nak cari kat fb skrg pon dah x jumpa.. hahaha

Miss NR said...

@Mr. DoctorAlhamdulillah..sebab tulah teknologi ada kepentingannya untuk sesetengah perkara :) Tapi teknologi pun ada buruknya ^_^